Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ianya tidak dipastikan sepenuhnya, namun ramai yang kini mula mengadu yang mana mereka mengalami masalah ketika melayari laman-laman antarabangsa, dimana kelajuan internet mereka dikurangkan secara drastik berbanding ketika melayari laman-laman yang dihoskan dalam negara.
Buat masa ini, masih lagi tidak diketahui samaada ianya disebabkan oleh penggunaan data yang terlebih, ataupun sebarang masalah kabel, atau lain-lain, dan masih tiada jawapan rasmi daripada pihak TM buat masa ini.
Melalui salah satu ujian yang dilakukan oleh salah seorang pengguna Streamyx, beliau mendapati yang mana talian internet berkelajuan 1.5Mbps beliau berubah sehingga bawah 0.5Mbps apabila melayari laman-laman antarabangsa, di Singapura, UK dan US. Ujian ping juga mengambil masa lebih kurang 250ms hingga 350ms untuk laman-laman antarabangsa. Perkara yang lebih kurang sama turut dilaporkan oleh pengguna forum Lowyat.net.
21 Komen
Tinggalkan Komen Anda
mmg pon… tensyen camni… haiyaa… slalu download dr mediafire gne idm .. speed mesti atas 170KB/sec… skrg… around 90KB/sec jer.. hampeh
speed akoo masih sama
ttp lembap dr zaman jaafar tonggek hingga zaman jaafar terlentang
tmnut keep silent…damn!
Biasa la tu streamnut ni
kadang-kadang sakit hati gak nak download
ye lah.. aku pun terasa jugak nie… patut la slow..
mmg terasa speed semakin perlahan..
sakit gak nak surfing camnie..
ape lagi.. x yah la pakai streamyx da
Hurm… Speed Streamyx saya masih lagi ok buat masa ni lah… Harap2 ok sampai bile2… =__=
nasib baik aku pkai Unifi.. tapi tak lama lagi pun kena capped jugak.. hadoi la..
begini ke cara streamyx.
lepas ni kita cuma bleh layari website yang servernya di cyberjaya sahaja….hhahahha..
aku pakai 1Mbps pun macam 0.1Mbps je kalau keluar negara nun…adus… aku dah tes yes! dari ytl memang laju… tapi hanya ada di kawasan2 tertentu…..
haha..mungkin byk akses bnd bukan2 dari server luar negara. tu yg streamyx pelankan.
tadi call streamyx…die ckp lembah kelang sedang di naik taraf..sstart 26 NOv ..patut la pelahan
streamyx??? kerenah nya pelbagai ragam dari setahun ke setahun… ke nak kena bayar lebih dan lebih dan terlebih bayar baru boleh guna?
bersyukurlah kamu di SM, kami di Sabah jauh mundur, speed macam siput, selalu down, call 100 pun bukannya boleh settle down dalam masa yang diharapkan.
bersimpati…
Sabar ye
yup ku pun perasan benda ni
sejak 2 menjak ni rasa slow
please TM alert!
MONOPOLY.
sejak pelancaran hssb ni internet slow..kata jalur lebar berkelajuan tinggi..apa yg kita dpt..SLOW SLOW SLOWWWW semakin SLOW