Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Mungkin lepas ini, ramai akan tidak puas hati, memandangkan kini, kerajaan dijangka akan memperkenalkan undang-undang baru yang dikenali sebagai Akta Liabiliti ISP untuk menyekat akaun pengguna yang memuat-turun lagu dan filem percuma melalui P2P. Ianya dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada bulan hadapan.
Sebelum ini, sudah lebih kurang lima tahun, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melobi akta berkenaan kepada kerajaan, untuk menghalang perbuatan muat-turun secara dalam talian, kerana ianya diperkatakan merosakkan penjualan muzik. Ianya diperkatakan yang mana, akta tersebut juga akan menjadikan penyedia internet lebih bertanggungjawab dalam menangani isu cetak rompak dalam talian. Pada masa yang sama, penyedia internet juga dikatakan akan diambil tindakan sekiranya tidak bertindak mengikut undang-undang ke atas para pengguna yang memuat-turun secara haram itu.
Ianya dikatakan, melalui Akta Liabiliti ISP itu, sekiranya penyedia internet (ISP) mendapati para penggunanya memuat-turun secara haram, mereka perlulah mengirimkan dua surat amaran kepada pemuat-turun itu sebelum menghentikan servis mereka. Ianya diperkatakan yang mana para penyedia perkhidmatan internet (ISP) mempunyai teknologi untuk mengesan pengguna P2P.
Buat masa ini, teknologi yang akan mendapat kesan utama adalah P2P ataupun torrent, dan masih tiada sebarang masalah untuk para pengguna yang memuat-turun secara terus melalui HTTP ataupun FTP.
28 Komen
Tinggalkan Komen Anda
sedihnya.. ~.~
aduu..xbestnyer
dah tak ramai pun orang share guna P2P & torrent kat Malaysia. Sekali lagi, RIM tertinggal satu zaman dunia IT.
Nasib baik aku ade seedbox.. Sesapa yang kaki download torrent tue, mai la blog aku.. ade cara lain untuk download torrent. haha…
p/s : Spam sat blog ko ye aman…
Lepas ni, bluetooth je lah. Hehe
saya bangkang! tak setuju…
Lepas ni takdela orang nak subscribe streamyx semata2 nk dload torrent.. ahaha
lepas ni akan ada orang malaysia kena saman sebab muat turun mp3. hahhha..
mai kita berpakat pakai torrific… mudah, senang tapi terrific… ada limit plak tuh
kalau http file sharing kena block jugak..mcm x best la internet lepas ni..bayangkan 4shared,mediafire,hf,megaupload,rapidshare..kena block..memang internet suramlah sekadar social network sahaja.
pakat download. tamatkan servis masing-masing. haha.
bosan la nak berinternet.
kerajaan memang pandai jaga rakyat die.. bagus!
cmne nak gne torrent ni…
takkan x leh download lagu dah
tak suka istilah “Ianya”… =.=”
Memamg tak best..tapi tak pe la kot.p2p je..jgn mediafire.rapishare dll.kene block..kalau semua tu kena block apa aternative kita?
“How Do I Avoid Getting Tracked While I Download Torrents?”
http://www.techzonez.com/forums/showthread.php?t=18075
menyusahkan orang la sport RIM ni haha
makin kerajaan buat, makin ramai akan buat. haha. penuh la penjara pasni.. seb sebelah kaki torrent, sel sblah kaki hotfile. haha
aku pakai celcom BB so x de kena mengena ngan p2p… LOL.. dh la ade bandwidth…. nk download pun memikir 20 kali …ish….
hidup 1malaysia
Aku pakai seedbox daa…..
bgus… good job norman hakim… ini semua idea anda… klau smpai mediafire, rapidshare, dll akan disekat jugak, mmg tak teragak-agak aku nak lawan balik… sekatan privasi…
silap2 nanti..
bil internet sampai..
surat amaran pun sampai sekali..hmm
kt Singapore klu tak silap, torrent/p2p mmg tak dibenarkan. Klu ISP detect, boleh kena denda. So workaround nya, sewa VPN yg guna IP address US utk teruskan torrent, tp tak free la, at least still boleh continue torrent.
Anyway, US pun dh start seizing bit torrent site http://torrentfreak.com/u-s-government-seizes-bittorrent-search-engine-domain-and-more-101126/
OMG! this is madness!
RIM orang lain buat blackberry, RIM kita buat ona.. damn tol.
tak jadinya ler akta2 nie, ckp lebih jer mereka nie…
takkan ler ISP nk tanggung rugi asyik kena saman jer sbb org dwld.
dan takkan ler ISP asyik nk terminate akaun org jer, last2 takde bisnes ler mereka.
sah2 ler org guna internet utk dwld dan dwld dan dwld ler…