07Nov

Android 2.3 Gingerbread Pada 11 November?

Google, Sumber Terbuka

SDK untuk generasi baru untuk sistem operasi perantian mudah alih daripada Google, iaitu Android 2.3 Gingerbread kini diperkatakan yang mana akan dilepaskan secara rasminya pada 11 November ini. Ura-ura ini juga turut kelihatan benar memandangkan yang mana Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Nexus Two pada 8 November kelak.

Android 3.0
Android 2.3 Gingerbread Akan Datang? [via]

Selain daripada itu, petanda yang lain adalah dimana patung gergasi Gingerbread juga turut sama telah mula kelihatan di kampus Google, sekaligus memperlihatkan yang mana Gingerbread akan dilepaskan tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh 11 November yang diperkatakan adalah tarikh bila mana Android 2.3 SDK akan dilepaskan dan bukannya Gingerbread untuk para pengguna umum.

Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana pelbagai fungsi baru yang akan diperkenalkan pada Android 2.3 Gingerbread akan mula diketahui dengan pelepasan SDK Android terbabit. Sama-sama kita nantikan perkembangannya seminggu daripada sekarang.


Google Mengintegrasikan Amazon Associate Pada Blogger
Flock Kini Menggunakan Enjin Chromium
Google Menguji Kaedah Carian Yang Baru
WordPress 3.2 Sedia Untuk Digunakan
Google Ingin Membeli Meebo Pada Harga $100 Juta?

2 Komen

  1. Nur Fathihah pada 07 Nov 2010

    Cepatnya. Rasanya 2.2 pun baru released je. Tak sabar nak tau apa fungsi2 baru dalam 2.3 nanti..

  2. awis pada 07 Nov 2010

    and then, sonyericsson ketinggalan lagi. ujong taun dpn baru xperia dapat. haha


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader