15Nov

Apakah Masa Depan Silverlight?

Microsoft

Walaupun kini HTML5 dan pelbagai teknologi baru mengambil tempat, Microsoft masih kekal membangunkan Silverlight, dan kini diperkatakan yang mana Silverlight 5 akan datang tidak lama lagi. Pada bulan Disember 2010 kelak, Microsoft akan membincangkan masa depan Silverlight kelak, sekaligus ianya dipercayai data berkenaannya akan dikongsikan bersama-sama dengan yang lain.

Walaupun Microsoft masih lagi belum mengesahkan perkara ini lagi, namun begitu, pada Disember 2 kelak, Microsoft akan memperlihatkan masa depan Silverlight pada acara Silverlight Firestarter kelak. Ianya juga dijangkakan yang akan disiarkan secara langsung melalui web (dan berkemungkinan untuk menontonnya, anda memerlukan Silverlight sedia terpasang pada komputer anda).

Dengan Internet Explorer 9 kelak, ianya bakal membawakan fungsi HTML5, yang bakal menyokong pelbagai perkara yang menarik, dan Microsoft mengatakan yang mana Silverlight akan terus kekal, sekaligus membolehkan para pengguna melayari pelbagai perkara menarik yang mana HTML5 tidak boleh sampaikan. Walauapapun, sama-sama kita nantikan apa yang akan dikongsikan oleh Microsoft pada acara Silverlight Firestarter kelak.


Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang
Windows Phone 7 Bakal Di Lancarkan Pada 11 Oktober?
Bing Kini Lebih Sosial Bersama Data Facebook
Aplikasi My Prayer Time Diperkenalkan Untuk Platform Windows Phone
ChronoZoom Membawakan Pelbagai Informasi Sejarah Dalam Bentuk Visual

3 Komen

  1. Adam pada 15 Nov 2010

    Bagus gak tu persoalan tu. ke mana hala tuju SilverLight. Nampaknya microsoft skrang beriya-iya mengejar arus kemajuan.

    syabas Bill Gates!

  2. Omar pada 16 Nov 2010

    @Adam.. bill gate dah duduk lepak dah sekarang, orang lain take over.. tapi dia masih pemegang Microsoft.

  3. Ali ridha pada 16 Nov 2010

    Bill gate duduk atas kerusi je.
    sambil tgk keadaan microsoft.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader