27Nov

Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia

Apple, Gajet

Akhirnya, mungkin para pengguna tidak lagi perlu ke Singapura untuk membeli Apple iPad, memandangkan ianya akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. iPad yang membawakan pelbagai revolusi pada industri tablet seluruh dunia itu diura-urakan akan diperkenalkan di Malaysia seawal 30 November ini.

Selain daripada itu, Maxis juga telah turut mengumumkan sebelum ini mengatakan yang mana mereka akan menawarkan pelan data khas untuk pengguna iPad 3G di Malaysia dalam beberapa minggu akan datang, membolehkan para pengguna menggunakan iPad mereka di mana sahaja.

Harganya masih lagi belum disahkan buat masa ini, namun daripada ura-ura awal harga yang kelihatan, ianya jauh lebih murah daripada Samsung Galaxy Tab, yang mana turut sama ditawarkan oleh Maxis sebelum ini. Para pengguna juga dijangka boleh mendapatkan iPad 16GB 3G pada harga kurang RM2000. Walaubagaimanapun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasminya tidak lama lagi.


Adakah DiGi Dihukum Oleh Apple?
Apple Memperkenalkan Lion Recovery Disk Assistant
Google Bakal Memperkenalkan Tablet 7-inci Menjelang April?
(Konsep) Gambaran Telefon Pintar Samsung Galaxy S3
Maxis BizVoice - Aplikasi VoIP Daripada Maxis Bakal Dilancarkan

5 Komen

  1. zik pada 27 Nov 2010

    bawah 2k… erm.. aku masih tak mampu lagi .. gunakan apa yang ada jer dulu..hehe

  2. aizuddin pada 27 Nov 2010

    nama pun apple..mestilah murah

  3. finalcross pada 27 Nov 2010

    lpas dmam iPhone,dmam iPad plak la gamaknye…

  4. menteil pada 27 Nov 2010

    en aman boleh bagi saye sebijik.. saye dah kempunan pkai mende alah nie…


Trackbacks/Pingbacks

  1. iPad Will Be Here Soon? | Blogjer - Technology at a glance

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader