Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti dinantikan, kini Apple telah pun mengumumkan pelancaran iPad di Malaysia, yang mana para pengguna boleh mendapatkannya bermula daripada hari ini, iaitu 30 November 2010 pada harga serendah RM1549.

Para pengguna yang berminat untuk mendapatkan iPad, anda boleh berbuat demikian di beberapa cawangan terpilih Epicentre, Machines dan Mac Studio serta beberapa penjual rasmi Apple di seluruh negara.
iPad di Malaysia secara rasminya dijual lebih murah daripada sebelum ini, selain Maxis turut sama memperkenalkan pakej khas untuk iPad. iPad yang didatangkan dengan hanya fungsi WiFi boleh didapati pada harga RM1549 untuk 16GB, RM1849 untuk 32GB dan RM2149 untuk 64GB. Manakala iPad dengan fungsi 3G boleh didapati pada harga RM1999 untuk 16GB, RM2299 untuk 32GB dan RM2599 untuk 64GB.
Selain daripada itu, Apple juga kini sedang giat mempersiapkan iPad generasi kedua yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Januari 2011 kelak dengan beberapa fungsi tambahan menarik.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
uiks? kira ok lah harga dia..
Ok. Duit dtglah…aku nk rembat iPad plak. haha
Asal lagi murah dari Iphone 3gs ek?
Baru jek angkat sebijik Iphone da keluar iPad
biarkan je dl..pasnih lagi murah+update..kih3
erk…bukan dah belambak ke kat low yat…mesti china punyakan…
typo aman “mendapatkan iPad, anda bolerh berbuat”
bro…next and previous post tinggi sgt la…hehe
bila steve jobs announces ipad 2,,, aku rasa harga ipad lama akan dikurangkan usd 100.. selalunya mcmtu pada produk2 sebelum nih
Tak sabar nak tunggu press release ipad2 nanti..hoho
Lama betul tunggu official launch. dah nak masuk 2011 dah, iPad 2 dah mula terbayang2.
rasa mahu beli ipad 3G 16 GB satulah…tunggu bajet cukup.