02Nov

Apple iPhone 5 Ke Arah Dompet Digital?

Apple, Gajet

Seperti sedia maklum, Apple sudah pun mulakan pembangunan iPhone generasi akan datang mereka, yang mana dikenali sebagai iPhone 5 buat masa ini. Menariknya, kini beberapa laporan dan ura-ura mula kedengaran mengatakan yang mana iPhone 5 kelak akan membolehkan para pengguna membayar secara elektronik, secara terus melalui telefon pintar iPhone 5 mereka.


Adakah iPhone Akan Menggantikan Kad Kredit? [via]

Untuk menjayakannya, Apple akan mengintegrasikan sebuah teknologi baru dipanggil NFC (Near Field Communication) yang akan membolehkan para pengguna mengubah iPhone 5 menjadi sebuah dompet digital dengan mudah melalui isyarat tanpa wayar yang dihantar ke suatu penerima, sekaligus menolak suatu jumlah bayaran dan memudahkan para pengguna membuat bayaran.

Ianya masih lagi tidak disahkan oleh pihak Apple. Namun begitu, ianya dikukuhkan lagi, dengan persaingan antara Google dan Apple dalam ingin membeli syarikat Boku, sebuah syarikat berasaskan bayaran mudah-alih, membolehkan transaksi dilakukan antara dua perantian dengan mudah.

Teknologi seumpama ini tidaklah baru, memandangkan terdapatnya beberapa syarikat kad kredit telah pun mula menggunakannya. Malah, ianya juga telah digunakan di beberapa negara maju, seperti Korea Selatan dan juga Jepun dalam kehidupan harian mereka, dimana beberapa mesin boleh menerima transaksi menggunakan telefon mudah-alih.


Cukai Jualan Telefon Bimbit Di Malaysia Di Mansuhkan
Aplikasi iPad Untuk The Star Di Lancarkan Secara Rasmi
HTC Mengambil-Alih Syarikat Dashwire - Perkhidmatan Sync-Awan Akan Diperkenalkan?
Brightstar Malaysia Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Motorola Razr
Eksklusif : BlackBerry Curve 9380 Dengan Skrin Sentuh Penuh

5 Komen

  1. Iskandar pada 02 Nov 2010

    Duit memasuki era yg menakutkan.

    Dari sesuatu yg fizikal seperti lembu atau emas, berubah kepada sesuatu yg masih fizikal yg tiada nilai(duit kertas) kepada hanya angka.

    Mungkin nanti wang kertas akan hilang dan semua wang anda dibank terletak dalam sekeping plastik atau telefon. Dan semuanya hanya angka.

    Freaking scary if you ask me.

  2. Mohd Isa pada 02 Nov 2010

    sah, lepas ni penggunaan duit akan tidak terkawal lagi…maybe hackers suka dengan perkembangan macam ni…

  3. Affan pada 03 Nov 2010

    @mohdisa: setuju

  4. hafidz pada 03 Nov 2010

    kita tunggu dan lihat bila iphone5 ni dikeluarkan nanti.

  5. Ali ridha pada 03 Nov 2010

    negara jepon ada guna teknologi ni.
    masa kt lapangan terbang sikit
    nk bayar.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader