26Nov

Celcom Membawa Masuk LG Optimus 7

Gajet, Microsoft, Telekomunikasi

Selain daripada Maxis yang memperkenalkan perantian Windows Phone 7 di Malaysia, Celcom turut sama juga memperkenalkan perantian Windows Phone 7 di Malaysia, melalui LG Optimus 7. Menariknya, Celcom memperkenalkannya pada harga promosi yang amat murah, iaitu pada hanya RM777 sahaja untuk 150 pengguna pertama.

LG Optimus 7 yang bersaiz lebih kurang 3.8-inch bersama-sama dengan kamera 5-megapixel untuk anda merakamkan segala gambar menarik dan juga video pada definisi setinggi 720p. Pada masa yang sama, ianya turut membawakan prosessor Snapdragon 1GHz untuk membolehkannya berfungsi dengan tanpa sebarang masalah dan tanpa tersekat-sekat.

Celcom menawarkan LG Optimus 7 ini pada harga hanya RM777 untuk 150 pengguna pertama yang melanggan kepada pakej mereka dengan 18 bulan kontrak. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya tanpa sebarang kontrak pada harga cuma RM2099.


Paparan Halaman Utama Kumo.com
Internet Explorer 6 Kini Genap 10 Tahun Dilancarkan
Internet Explorer 10 Platform Preview 5 Terus Memfokuskan Pada HTML5
UMobile Bakal Menawarkan Peranti HTC One X Dan HTC One V
Amalkan Gaya Hidup Sihat - Matikan Sebentar Telefon Pintar Anda

1 Komen

  1. Ali ridha pada 26 Nov 2010

    ini kali pertama aku
    nak pegi tgk Windows phone 7.hehehe…..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader