Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya CEO Google telah pun menerangkan apakah yang bakal membezakan antara sistem operasi Android dan juga Chrome OS, dimana Android dikhaskan untuk skrin sentuh, manakala Chrome OS adalah untuk digunakan bersama papan kekunci.
Secara ringkasnya, ianya boleh dikatakan yang mana Chrome OS adalah untuk perantian perkomputeran tradisional, iaitu seperti desktop, notebook dan netbook yang mana menggunakan papan kekunci sebagai salah satu cara inputnya, manakala Android lebih diutamakan untuk perantian mudah-alih seperti tablet dan juga telefon pintar.

Pengurusan Tetingkap Yang Interaktif [info]
Chrome OS bakal diperkenalkan dalam bulan ini, dan pada masa yang sama juga, Android 2.3 Gingerbread juga dijangka akan diperkenalkan pada bulan ini, sekaligus bakal menjadi antara bulan terpenting untuk Google.
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Chrome OS ni free ke?
yup. free, sama seperti Google Chrome, dan berasaskan perkomputeran awan, so tak memerlukan ruangan hard-disk yang besar.
Yg ditunggu-tunggu bakal tiba… Yoshhh
memang dinantikan..tengok pun dah tertarik…
chrome os ni bagus untuk user yg lebih banyak habiskan masa dengan internet berbanding aktiviti offline … huhu
dah release ke?
macam best
ade sape2 pnah test chrome os beta x? aq de try ritu.. tp xmau la..
@od3n : Aku tak try lagi. Nanti kalau rajin, aku try download.
@aman xsilap aq internet mmg requirement die kn. xtau la klo internet slow die xjln.