Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersama-sama dengan antaramuka yang baru, kini Churp Churp turut sama memperkenalkan salah satu fungsi baru, iaitu fungsi perkongsian sosial. Melaluinya, kini kempen di Churp Churp bukan sahaja terhad kepada laman sosial Twitter dan Facebook, tetapi banyak lagi laman-laman sosial yang lain, sekaligus memudahkan para penggunanya menjana wang yang lebih banyak lagi.

Antaramuka Baru Churp Churp
Melaluinya, Churp Churp mengalakkan para pengguna untuk melibatkan diri pada pelbagai laman sosial yang lain untuk berkongsi pautan, sekaligus menjana lebih wang daripada sekarang. Antara laman lain yang turut diperkatakan adalah Friendster, MySpace, Skype, dan malah, blog-blog para pengguna.
Selain daripada itu, para pengguna Churp Churp juga boleh mendapatkan pelbagai kemaskini daripada Nuffnang dengan mudah, terus ke akaun Churp Churp. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah bagaimanakah pengiraan pembayaran akan dilakukan oleh Churp Churp selepas ini, adakah ianya mengikut klik, atau bagaimana.
Nuffnang dan Churp Churp adalah sebahagian daripada Nom Nom Media
9 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Pergh nanti penuh spam link2 macam C3 Socialista dulu
=.=
Pakej pengiklanan ni buatlah style lain plak
C3 Socialista dulu mcm mana bro..Mungkin berlaku spam yg ko ckp tu..kekangan perlu dibuat oleh pihak churp2 ni..jgn beri ia berlaku
dah macam YouthSays! plak…tak sukanya…takda keistimewaan dah bg Churpers. hoho
dapat dua pendapatan sekali gus.huhuhuhu……
waduh… lum register lagi la pulak
dah lama tak bukak churp2. malas gila nak guna servis ni. dah la tak suka twitter.huhuhu
aku rasanya byrannya mengikut berapa ramai yang datang berkunjung aje lepas nih. heheheee
dah tak banyak job dari churp2. waa..
churp2 aku join tapi x tahu nak wat pe