Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Hari demi hari, Facebook terus mengejutkan orang dengan pelbagai perkara menarik. Terkini, ianya diperkatakan yang mana secara kasarnya, Facebook bernilai $41 billion, sekaligus meletakkannya sebagai syarikat internet ketiga berharga di US, hanya dibelakang Amazon dan juga Google.
Buat masa ini, Facebook masih lagi merupakan syarikat persendirian, dimana kebanyakkan sahamnya dipegang oleh Mark Zuckerberg, selain beberapa saham yang dipegang oleh para pekerja dan beberapa orang yang lain. Menariknya, saham yang dipegang oleh pekerja ini, dijual beli dengan harga lebih $16 sesaham, sekaligus menjadikan nilai Facebook bernilai $41 billion.
Selain daripada itu, Facebook juga dengan menempatkan dirinya pada tempat ketiga, secara terus meletakkan eBay yang bernilai $39.3 billion di ke-empat. Amazon yang bernilai $74.4 billion dan Google dengan angka paling besar, $192.9 billion terus berada di hadapan Facebook.
Namun begitu, dengan Facebook diura-ura akan memperkenalkan perkhidmatan emel, selain Google yang turut menerima tekanan daripada Facebook, ianya tidak diketahui, apakah yang akan berlaku pada masa depan nanti.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalu facebook ada email sendiri kena free unlimited space baru mashuk..
tapi rasanya google akan kekal ke depan juga.. Social network ni ada musim dia.. belum lagi sampai dia senasib dengan myspace..
Pergh!!!
Nombor 3. Jadi ia lebih bernilai dari eBay atau Paypal?
Mengarut.
Ini sama dengan mengatakan pondok geng2 gitar bawah pokok jambu tepi jalan rumah saya lebih bernilai dari supermarket King Kong.
nampaknyer google memang terlalu jauh ke depan..
adakah fb mampu kejar? hmm
takpe takpe, google tetap dihati…hehe