Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, sebelum ini, Skype melalui Skype 5.0 telah memperkenalkan pengintegrasian Facebook, dan kini ianya kelihatan yang mana Facebook dijangka akan mengintegrasikan fungsi panggilan video pada Facebook Chat mereka menggunakan teknologi Skype.

Skype 5.0 Mengintegrasikan Fungsi Facebook
Sebelum ini, beberapa ura-ura telah memperkatakan yang mana Skype dan Facebook akan diintegrasikan, dan ianya terhenti apabila Skype melancarkan Skype 5.0 dengan fungsi Facebook, membolehkan anda mengikuti perkembangan semasa rakan anda di Facebook dengan mudah. Namun begitu, kini, menariknya, salah seorang pembangun menemui kod VideoChat pada Facebook dimana beberapa kod merujuk kepada Skype.
Buat masa ini, hanya kod awal sahaja ditemui, dimana berkemungkinan perkara tersebut masih lagi sedang dibangunkan dan mungkin diuji. Ianya akan menjadi suatu perkara yang menarik sekiranya fungsi panggilan video diperkenalkan pada Facebook Chat, sekaligus memberikan lebih tekanan pada Google. Namun begitu, masih tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Facebook buat masa ini.
10 Komen
Tinggalkan Komen Anda
memang hebat la kalau ada video chat di fb. memang good bye to chat program yang lain sebab orang stay di facebook jer untuk melakukan semua benda..
Yahoo Messenger pun sebelum ini dah integrate dengan FB. Hmm
macam ni baru best…
aku tak reti main skype..
macam mana nih?
perghh… pasni video call kat FB je la ~
sy dh lama tidak menggunakan skype….
patut try ni
power mamat tu boleh jumpa code
chewah dah tukaq theme. cantik
skype untuk linux masih lagi versi beta.. dan masih lagi xde feature yang besh2 cam window.. jeles aku.. muahaha..
Linux ni di anak tirikan…padahal kat sistem linux ni stabil….harap pihak skype meng open source utk pembagunan yg lebih rancak
wah…aku tak suka bab ni…aku pakai fb chat yg biasa ni pun dah mampu wat browser aku hang…ni nak integrate ng skype plak…lingkup terus browser aku nnt…hoho