Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, akhirnya, kini Facebook telah pun memperkenalkan sesuatu perkara yang baru, yang mana dipnggil sebagai sistem mesej moden sekaligus membawakan pengalaman penghantaran mesej yang lebih mudah, laju, ringkas selain tidak lagi perlu begitu formal seperti sistem emel sedia ada.


Antaramuka Facebook Message Yang Baru

Untuk menjadikannya kenyataan, Facebook mengaplikasikan tiga perkara utama, iaitu mesej yang mulus, sejarah komunikasi, dan juga inbox sosial. Menariknya, Facebook memperkenalkan salah satu cara untuk berkomunikasi, tidak kira apa format yang anda gunakana, samaada emel, chat ataupun SMS, dan segala mesej akan disimpan pada inbox sosial, bersama-sama dengan sejarah komunikasi. Anda juga boleh menetapkan daripada siapa yang anda ingin menerima mesej dan sebagainya, serta boleh mengubah tetapan privasi melalui laman tetapannya.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, sesiapa sahaja boleh mendapatkan alamat emel dengan @facebook.com mengikut username yang telah anda daftarkan pada Facebook. Namun begitu, fungsi ini tidak akan diperkenalkan serta-merta, tetapi akan diperkenalkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang dalam bentuk jemputan.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan perkara yang diperkenalkan melalui sistem mesej baru pada Facebook ini sudah pun terdapat pada penyedia lain. Namun begitu, dengan angka pengguna melebihi 500 juta, selain kegilaan rangkaian sosial pada masa kini, mungkin Facebook boleh memposisikan diri sebagai penyedia emel atau sebagainya melalui sistem mesej mereka yang diberikan nafas baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd