Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ramai yang tidak begitu mengenali pelayar web Flock, yang mana merupakan salah satu peleyar web sosial yang diperkenalkan lima tahun dahulu, jauh sebelum RockMelt diperkenalkan. Kini, pembangun Flock memperkenalkan Flock 3.5 yang mana membawakan kepantasan yang ditambah, serta pelbagai fungsi yang ditambah padanya.
Flock yang dahulunya dibangunkan menggunakan enjin Gecko dari Mozilla, telah beralih kepada enjin Chromium sejak versi 3.0, dan melalui Flock 3.5, ianya dibangunkan menggunakan Chromium 7.0. Bersama-sama dengan pelancaran Flock 3.5, mereka turut sama mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih kurang 9.5 juta pengguna seluruh dunia berdasarkan angka pemasangan Flock.
Flock membawakan pengintegrasian pelbagai laman sosial melalui bahagian tepinya, yang membolehkan para pengguna mengemaskini status Facebook, Twitter, dan LinkedIn, serta mengikuti kemaskini rakan-rakan mereka dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga membawakan fungsi carian sosial, dimana anda boleh melihat apakah yang diperkatakan oleh rakan-rakan anda berkenaan sesuatu perkara.
Tidak seperti RockMelt yang memerlukan emel jemputan, Flock boleh dimuat-turun secara percuma, untuk Windows, Mac OS X dan juga Linux. And juga boleh membaca 24 sebab mengapa Flock lebih menarik daripada RockMelt sebelum memuat-turunnya.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
menarik. aku baru pasal Flock lepas baca entri ni. huhu. semua orang sibuk nak cuba RockMelt sekarang. tapi aku rasa lebih berbaloi kalau aku cuba Flock ni dulu.
dulu guna flock cam hamjadah sloooooow~
sekarang ni tak tau camne… nnt aku try camne dulu. hahaha
rockmelt xbest… hampeh… best lagi chrome
dah guna flock lama dah…
kadang lagi berbaloi2 dari ff..
Mungkin ramai yang kenal flock dan pernah cube, tapi sebab slow nak mampus. terus lupekan saje.
Tak payah la compare mende setahun jagung dgn mende yg mature, ini macam lawan bola sek rendah vs sekolah menengah. confirm kene titik.
Selepas menginstall flock 3.5 sy dapat katakan flock wajar diinstal sebagai salah satu browser selain drpd google chrome, firefox, ie..ia sebiji google chrome, boleh diumpamakan google chrome memakai theme yg baru. ia lebih cute n small selain dpt mngintergrasikan fb,twitter, youtube..sy tak nampak ia seperti skolah rendah walaupun google chrome masih setahun jagung. ini bukan calang2 budak skolah..walau baru 2 tahun masuk skolah dia sudah masuk ker darjah 8(versi stabil,
dan skrg sedang ambil ujian(beta) utk masuk darjah 9(versi 9)..ini boleh dikatakan wow, walao!!
pernah guna dulu, tapi rasa macam crowded sangat….
saya nak cuba dua2! hehe