02Nov

Automattic Memperkenalkan FoodPress

Web 2.0

Automattic dengan kerjasama Federated Media kini memperkenalkan laman baru, yang dipanggil FoodPress, membawakan pelbagai kemaskini dan artikel berkualiti dan menarik yang berkait dengan makanan daripada WordPress.com.

Walaubagaimanapun, FoodPress tidak berfungsi seperti laman aggregate yang lain, dimana kandungannya melalui proses pemilihan terlebih dahulu oleh editor FoodPress. Pemilihan kandungan dilakukan daripada artikel di WordPress.com yang menggunakan tag food, recipes, baking dan juga sebagainya. Jadi, sekiranya anda ingin menyertakan artikel anda pada FoodPress, mungkin anda boleh mencuba tag-tag tersebut, selain memastikan artikel anda itu menarik dan berkait dengannya.

Mungkin FoodPress merupakan salah satu langkah awal daripada Automattic dalam memperkenalkan laman yang mementingkan kandungan daripada pengguna, dan mungkin banyak lagi laman-laman dengan topik menarik akan diperkenalkan oleh Automattic pada masa akan datang.


Eksklusif : Pandang Pertama Laman JomTwit
Nuffnang Melebarkan Sayap Ke China
Garis Panduan Hasutan Dunia Siber Akan Di Perkenalkan
BilPlz - Memudahkan Para Pengguna Malaysia Menguruskan Kewangan Dan Perbelanjaan
#Tips : Bangunkan Fail Persembahan Dengan Data Masa-Nyata Melalui Projeqt

2 Komen

  1. donnyien pada 03 Nov 2010

    wah menarik ni tau..nak kena try lawat nanti tq for share..

    salam dari borneo..

  2. fadzioriq pada 03 Nov 2010

    macam mana dgn self hosted wordpress yeak?


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader