07Nov

GantiBaju.com dan LewatMana.com Memenangi SparxUp

Web 2.0

Di Malaysia, anugerah untuk startup web masih lagi kurang (atau tiada?) namun tidak di negara jiran kita, Indonesia, dimana malam tadi telah menyaksikan berlangsungnya acara SparxUp buat julung kalinya. Untuk tahun ini, anugerah SparxUp 2010 dilihat dimenangi masing-masing oleh GantiBaju.com dan juga LewatMana.com.


GantiBaju.com Memenangi Anugerah SparxUp [via]

Untuk anugerah “The Best Rising Star 2010″ ianya telah dimenangi oleh GantiBaju.com, iaitu salah satu startup yang mengabungkan idea baju dan dunia internet, disertakan dengan pertandingan rekabentuk. Jika anda seorang pereka-bentuk, anda boleh menghantarkan rekabentuk yang anda suka, dan seterusnya ianya mungkin akan dicetak dan dijual. GantiBaju.com lebih kurang menyerupai idea Threadless, tetapi ditujukan untuk pasaran tempatan Indonesia.

Untuk anugerah “The Most Promising Startup 2010″ pula, ianya dimenangi oleh LewatMana.com, dimana melalui laman tersebut, mereka menyediakan informasi masa-nyata berkaitan dengan keadaan trafik terutamanya di bandar-bandar besar di Indonesia, sekaligus memudahkan para pengguna untuk membuat jadual perjalanan mereka.

SparxUp merupakan julung-julung kalinya diadakan di Indonesia, dan ianya dijangka akan dijadikan acara tahunan, sekaligus menjadi salah satu platform dalam memperkembangkan startup di indonesia. Acara tersebut juga disokong oleh banyak pihak, termasuk Yahoo!, TechCrunch, Google, Microsoft dan ramai lagi.


CatchEye - Masih Tiada Sebarang Perkembangan?
Hired.MY - Portal Untuk Pencari Kerja dan Freelancer
Drupal 7 Kini Lebih Mesra dan Berkuasa
Drumo Memudahkan Anda Mengetahui Lokasi Menarik Di Asia Pasifik
Aplikasi MY Traffic Bakal Dilancarkan Dalam Bentuk HTML5 - Menyokong Semua Peranti

4 Komen

  1. Scromix pada 07 Nov 2010

    kalo msia, amanz mmg arr haha

  2. Jom Linux pada 07 Nov 2010

    Indonesia dah mulai nak naik ekonomi dia skrg…kalu Msia main2 lagi, kita mgkn kalah dengan Indonesia dan Thailand

  3. mosyar pada 08 Nov 2010

    smart dowh theme gantibaju.com , laman web apa di mesia seumpama gantibaju.com ? selain dari rekatee.com .

  4. sekilas info pada 06 Mar 2011

    sekalian mau ngasih info buat blogger yang mencari backlink dofollow dan mencari pengunjung silahkan promosikan di

    http://www.sekilasinfo.net, mudah2an berguna bagi seluruh blogger dan pembaca di tanah air

    trims


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader