Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Setelah sekian lama laman GengBlogger menghadapi masalah untuk diakses disebabkan dijangkiti oleh malware, kini ianya mula aktif kembali dan beroperasi semula seperti biasa. Menurut pembangunnya, sebanyak 240,000 malware yang menjangkiti laman tersebut telah pun berjaya dibuang sepenuhnya.

Laman GengBlogger Kembali Beroperasi
Menariknya, laman tersebut mula aktif kembali pada malam raya, menjadikannya hadiah yang amat bermakna bersempena dengan Hari Raya AidilAdha. Buat masa ini, GengBlogger merupakan laman yang ke-503 paling aktif dan disinggahi oleh rakyat Malaysia, dimana melaluinya ianya menyediakan sebuah platform untuk para penulis blog di Malaysia berkongsikan pautan artikel terkini dengan mudah. Selain daripada itu, GengBlogger juga boleh dikatakan sebagai jaringan sosial untuk blog-blog berbahasa Melayu.
Dalam beberapa bulan akan datang, GengBlogger juga dijangka akan menerima beberapa fungsi baru, sekaligus membawakan pelbagai revolusi. Pada ketika ketiadaan GengBlogger, para pembangunnya juga turut membangunkan beberapa laman yang lebih kurang dengan fungsi serupa iaitu SelangorBloggers, KelantanBloggers dan juga JohoreanBloggers.
16 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
bagus2… senang nak ping
240k malware? ini bukan kena jangkit ni… ni dh tahap mcm kena malaria. nasib baik dh ok dh huhu
terus aku ping dpt tau dr ko. hehe.
Aku rasa aku lebih suka fungsi Gengblogger yang dulu.
lama tak ping kat GB
terus je ping lepas baca entri ni
tapi harap2 org yg ping kat banyak2 tu faham untuk ping secara berselang masa..jgn timeline kat twitter berderet2 je…
kalau boleh hentikan ping site yg sejenis dgn gengblogger tu, biarkan gengblogger saja jd anak tunggal…senang nk jd 1 komuniti yg hebat…
nie cuma cadangan jer…
budak baru nak ‘up’ je main blog.
huhu..
syok2..
GB xde aku xtau mne lg nk ping..
asyik malware attack je kn…
Haha. Akhirnya publish gak kat sini. Kesian aman.:P
Berita yang menggembirakan buat aku dan teman-teman. lepas ni dah boleh ping semula kat gengblogger.
wah..alhmdulillah
da ok da..:)
lme gak tggu..:)
hey thx for the info! ;D
Alhamdulillah…kesian gb.. sehat akhirnya ~
Baru kenal dengan Gengbloggers.Baru lagi dlm dunia blog. Terima kasih utk informasi ini.