23Nov

GengBlogger Memperkenalkan Bar Sosial

Web 2.0

Setelah kembali beroperasi pada minggu lepas, kini GengBlogger memperlihatkan penambahan sebuah bar pada bahagian atas laman, apabila para pengguna klik pada senarai artikel yang telah di ping pada GengBlogger, sekaligus membawakan pelbagai fungsi sosial terbina, termasuk perkongsian pada Facebook dan Twitter.


Bar Khas GengBlogger Di Bahagian Atas

Sebelum ini, GengBlogger tidak mengintegrasikan fungsi ini, dan hanya memperlihatkan terus laman artikel yang di ping itu tanpa sebarang tambahan. Kini, ianya diperlihatkan dibawah satu iframe baru, sekaligus, membawakan kebaikkan kepada kedua-dua pihak, dimana GengBlogger boleh mendapatkan sedikit publisiti, selain para penulis blog yang tidak perlu risau untuk menambah sebarang fungsi sosial, memandangkan ianya terbina melalui sebuah bar dibahagian atas laman.

Mungkin dengan pengenalan bar ini, beberapa fungsi lain akan turut diintegrasikan, berkemungkinan besar seperti StumbleUpon, sekaligus memudahkan para pengguna melayari blog yang lain dengan mudah sekali. Namun begitu, masih tiada sebarang pengumuman berkaitan dengannya daripada pihak pembangunnya buat masa ini.


Komen Di Facebook Kini Dengan Fungsi Like
Laporan Web Untuk Bulan Februari Dikeluarkan MDA
Sidengo Membolehkan Anda Membangunkan Web Untuk Organisasi Dengan Mudah
Wikileaks Bakal Mula Menayangkan Siri Video 12 Episod Bermula Minggu Hadapan
Aplikasi Firefly Mobile Kini Di AppStore Dan Google Play Store

10 Komen

  1. Piratz pada 23 Nov 2010

    wah.. blog sapela yang smart tu.. haha… aku nak soh kong buat external button la… senang nak submit vote entri… huhu… penting ke??

  2. aMaNz pada 23 Nov 2010

    @Piratz : Vote melalui bilangan Tweet yang banyak? Ahaks~

  3. MuJE pada 23 Nov 2010

    ceh, cepat jer tuan blog detect post ni….hehe

  4. Taufik Mansor pada 23 Nov 2010

    wah encik piratz!!! dapat publisiti kat sini… LOL

  5. Adam pada 23 Nov 2010

    Congrat Kon. GB makin maju. moga-moga lepas ni makin canggih. tapi jangan lupa juga security hole bile buat perubahan. nanti kena serangan malware lagi

  6. bubbles182 pada 24 Nov 2010

    kenapa mesti Piratz?? kenapa???

  7. paeh pada 24 Nov 2010

    wakakakaka…. mentang2 ah piratz rakan venture…!

  8. sollehahn pada 24 Nov 2010

    lega bila gengblogger dah pulih macam biasa…siap ada tambahan function lagi…harap2 gengblogger meriah balik macam dulu

  9. slimdiet2 pada 24 Nov 2010

    camna nak ping kat gengblogger bro?

  10. Piratz pada 24 Nov 2010

    @bubbles @paeh – jangan jeles…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader