02Nov

Goo.gl Adalah Pemendek URL Terpantas Dan Stabil

Google

Jikalau sebelum ini, Google memperkenalkan pemendek URL mereka yang tersendiri, dengan memperkatakannya sebagai pemendek URL yang stabil, selamat dan terpantas, nampaknya apa yang diperkatakan oleh Google itu adalah benar. Melalui laman Royal Pingdom yang menjalankan ujian kepantasan pemendek URL, Google mengalahkan hampir kesemua pemendek URL yang lain dengan mudah.

Melalui ujian yang dilakukan oleh Royal Pingdom, mereka mengambil kira keboleh-bergantungan dan juga prestasi beberapa penyedia pemendek URL yang terdapat di pasaran. Pada masa yang sama, mereka juga mengambil kira masa yang diambil oleh setiap penyedia URL itu dalam membawakan pengguna terus ke laman yang sebenar.


Hasil Keputusan Daripada Royal Pingdom [via]

Melalui keputusan daripada ujian tersebut, ianya didapati yang mana Goo.gl hampir 3 kali ganda lebih pantas daripada Bit.ly secara keseluruhannya. Ini mungkin kerana Google mempunyai bilangan pelayan yang lebih banyak diserata dunia. Menariknya, satu-satunya dimana kawasan yang Google tewas adalah di benua Eropah, dimana ianya didahului oleh pemendek URL Is.Gd dari segi prestasi.

Mungkin daripada keputusan ujian yang dijalankan oleh Royal Pingdom ini, ianya boleh diperkatakan yang mana Goo.gl adalah penyedia pemendek URL dengan prestasi dan kestabilan yang mengagumkan. Hal ini berlaku kerana Google mempunyai pelayan dan infrastruktur yang lebih banyak dan terkini daripada yang lain.


Google Chrome 0.3.154.0 Boleh Di Muat Turun.
Selamat Ulang-Tahun Ke-5 @Twitter
Mencipta URL Ringkas Untuk Profil Google+ Anda
10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Bagi Minggu Berakhir 26 Januari
Aplikasi Currents Untuk iOS Kini Didatangkan Dengan Sokongan Paparan Retina

7 Komen

  1. msbmna pada 02 Nov 2010

    Goo.gl memang terbaik!

    Dah lama dah aku guna. Siap boleh semak statistik url yang disingkatkan lagi dengan tambah .info hujung url.

  2. buzyline pada 02 Nov 2010

    perh!!!..mg terbaek la goo.gl..tahniah

  3. Faizal pada 02 Nov 2010

    Mmg biasa pakai Goo.gl pun skrg selain t.co.

  4. Azam pada 02 Nov 2010

    jarang pakai goo.gl (googeli?)

  5. Han pada 02 Nov 2010

    great for those for want to hide their url. personally i dont like. prefer people to display the exact url.

  6. RedBoys pada 02 Nov 2010

    perghh..dasat tul google ni.. namun kalah juga dgn is.gd.. hehe

  7. menj pada 03 Nov 2010

    Aku pakai 7les.com jerr…huhuhu.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader