03Nov

Google Adsense Menguji Antaramuka Baru

Google

Setelah hampir setahun lebih memperlihatkan antaramuka baru untuk Google Adsense, akhirnya, kini kami sudah berjaya mengujinya, dimana antaramuka untuk Google Adsense ini masih lagi dalam peringkat beta, dan mungkin masih belum kesemua pengguna dapat menggunakannya lagi.


Antaramuka Baru Google Adsense Yang Kini Masih Dalam Beta

Melalui antaramuka yang baru ini, Google ingin menekankan pada tiga perkara utama, iaitu yang pertama adalah kebolehan untuk memperlihatkan lebih banyak data berkenaan Adsense kepada anda. Melalui antaramuka baru ini, Google membolehkan anda melihat laporan harian dengan lebih mendalam dalam bentuk graf, selain menyediakan anda dengan pelbagai metrik berkenaan dengan pendapatan anda.

Selain daripada itu, Adsense baru ini juga membolehkan anda mempunyai lebih kawalan terhadap bagaimana iklan diperlihatkan pada halaman anda. Pada masa yang sama, Adsense baru ini membolehkan anda menguruskan akaun anda dengan lebih efektif lagi berbanding sebelumnya.

Ianya masih lagi tidak diketahui lagi bila manakah Google akan memperkenalkannya kepada semua, namun begitu, ianya dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi. Google telah memperkenalkan antaramuka ini pada tahun lepas kepada beberapa pengguna terpilih.


Google Toolbar 7 Kini Lebih Kemas Dan Pantas
Google Sekali Lagi Mencari Pengurus Produk Google Games
Pengguna Galaxy Tab Malaysia Menerima Kemaskini Gingerbread
Pengguna Google+ Berkongsi Lebih 1 Billion Perkara Sehari
Ice Cream Sandwich Kini Digunakan Pada 4.9% Peranti Android Seluruh Dunia

4 Komen

  1. Faizal pada 03 Nov 2010

    Bila la blog pakai BM bleh cari makan dgn Adsense ni..

  2. zool pada 03 Nov 2010

    tak kisahlah antaramuka camne pun. janji masyuk .. masalahnya tak berapa nak masyuk ni,… huhuhhu

  3. Han pada 03 Nov 2010

    hi amanz, can u teach me to make good money from adsense. or anybody can suggest to me how…

  4. mohdismail pada 03 Nov 2010

    hide the e-mail & pub-id dude :) we never know


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader