16Nov

Google Memperkenalkan Google Hotpot

Google

Dengan adanya Google Place, kini ianya ditambah menjadi lebih menarik lagi dengan Google Hotpot, iaitu salah satu enjin yang dibina menggunakan Google Place, yang mencadangkan anda tempat-tempat menarik berdasarkan aktiviti sosial anda. Melalui Hotpot, anda boleh menilai sesuatu lokasi mengikut citarasa anda, dan seterusnya Hotpot akan mula mencadangkan lokasi mengikut apa yang anda suka.


Google Hotpot Pada Web

Sama seperti produk Google yang lain, Google Hotpot membolehkan para pengguna mengaksesnya menggunakan Google Profile, sekaligus membolehkan anda menambah rakan-rakan anda sama, untuk melihat apakah yang dikongsikan oleh mereka. Ianya amat sesuai sekali sekiranya anda suka berjalan-jalan ataupun mencari sesuatu yang baru, sebagai contoh, sekiranya anda gemar mencari kedai makan dan sebagainya, anda seterusnya boleh menilai setiap kedai makan yang pernah anda singgah, dan menggunakan enjin Google, ianya akan memperlihatkan kepada anda kedai-kedai makan baru yang memenuhi citarasa anda.


Hotpot Pada Android Melalui Google Maps

Menariknya, Google Maps 4.7 kini turut didatangkan dengan Google Hotpot, membolehkan anda berkongsi dengan lebih mudah secara terus daripada telefon pintar anda. Jadi, apakah pendapat anda berkaitan servis berasaskan lokasi yang serba baru daripada Google ini?


Google Melancarkan Google Apps Labs
GMail Tidak Boleh Di Akses Lebih 3 Jam
Angry Birds Dilancarkan Khas Untuk Para Pengguna Chrome
Google+ Mempunyai Lebih Daripada 25 Juta Pengguna?
Google+ Membawakan Pelbagai Kemaskini Dan Fungsi Baru

1 Komen

  1. syahrilhafiz pada 16 Nov 2010

    erm smart gak..boleh view all in one..


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader