05Nov

Google Instant Mula Di Uji Pada Perantian Mudah-Alih

Google

Jikalau sebelum ini Google memperkenalkan fungsi Google Instant kepada para pengguna desktop sahaja, kini menariknya, seperti yang dinantikan, mereka telah memperkembangkan fungsi tersebut, dimana pada pengguna perantian mudah-alih, iaitu untuk pengguna iPhone dan juga Android di US.

Buat masa ini, ianya masih lagi pada peringkat beta. Untuk mula menggunakannya, para pengguna boleh mengaktifkan fungsi tersebut yang mana boleh dilihat melalui suatu pautan khas dibawah kotak carian, sekaligus menikmati fungsi Google Instant bermula daripada anda mula taip perkataan pertama.

Walaubagaimanapun, amat mendukactikan kerana ianya hanya dibuka untuk para pengguna di US sahaja buat masa ini. Mungkin mereka akan memperluaskan fungsi tersebut ke negara lain dari masa ke semasa.


GeeMail - Aplikasi Desktop Untuk GMail
GMail Memperkenalkan Fungsi Undo
Fungsi Undo GMail Kini Menyokong Sehingga 30 Saat
Yahoo! Menyokong Pendaftaran Menggunakan Akaun Google dan Facebook
Google Chrome 9 Mencapai Tahap Stabil

1 Komen

  1. Gumuu pada 05 Nov 2010

    Google Instant bukanlah teknologi baru…cuma disebabkan ia ditekan Google maka ia jadi berita. Mcm tablet, awal tahun 2000 lagi Microsoft dah perkenalkan Slate PC. Setelah ditekan dgn Apple baru teknologi ni nampak mcm best.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader