30Nov

Google Menawarkan Groupon Lebih $5.3 Billion?

Google

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan pembelian Groupon oleh Google, nilai sebenar transasksi adalah $5.3 billion, dan bukannya $2.5 billion seperti yang diura-urakan semalam, sekaligus memperlihatkan yang mana Groupon bakal menjadi pembelian terbesar Google setakat ini.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang berita atau komen rasmi daripada kedua-dua pihak buat masa ini. Ianya masih lagi tidak diketahui samaada pembelian Groupon oleh Google ini akan berjaya ataupun tidak, memandangkan kedua-duanya masih lagi belum mengumumkan perkara ini.

Melalui pembelian Groupon, ianya akan membolehkan Google menambah-baik tawaran Google Places dan Google Hotpot, selain turut membolehkan mereka memasuki industri tempatan dengan lebih mudah lagi. Sebelum ini, Groupon yang dimulakan pada tahun 2008 telah menjadai suatu fenomena besar, dimana kini ianya mendominasi pasaran untuk pembelian sosial.


Google Memperkenalkan Pelayar Web - Google Chrome
Google Profiles Memperkenalkan Pautan Peribadi
Chrome OS Kini Sudah Mencapai Fasa RC
Feedburner Memperkenalkan Statistik Masa-Nyata
Groupsmore.com.my Membawa Pengunjung Ke Laman Baloi

3 Komen

  1. aizuddinmanap pada 30 Nov 2010

    bertambah.kayo la groupon nih..

  2. Ali ridha pada 30 Nov 2010

    kan dah ada nilai perpindahan.
    kenapa depa nak berahsia pula.

  3. Mohd Isa pada 30 Nov 2010

    pergh…byk gila duit google…


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader