Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti sedia maklum, di Malaysia terdapat banyak laman untuk carian pekerjaan, dan menariknya, ianya kini disertai oleh Hired.MY yang mana membawakan kelainan sedikit berbanding yang lain. Ianya sebelum ini berfungsi sebagai hanyalah sebuah laman aggregat pekerjaan, namun begitu, kini ianya diberikan nafas baru melalui perstrukturan semula dengan menambah pelbagai fungsi baru yang menarik.

Antaramuka Laman Hired.MY
Menariknya mengenai Hired.MY adalah dimana ianya bukan sahaja menyenaraikan senarai pekerjaan yang memerlukan orang, malah ianya turut menyediakan halaman profail yang khas untuk setiap pengguna, dimana mereka boleh menyenaraikan pelbagai kelebihan mereka, pada masa yang sama membolehkan orang lain mencari anda dengan mudah. Ianya boleh dikatakan lebih kurang seperti laman LinkedIn. Para pengguna juga boleh mendaftarkan diri mereka dengan mudah pada laman Hired.MY ini melalui akaun Facebook sedia ada.

Halaman Profail Pada Hired.MY
Pada masa akan datang, Hired.MY akan menambah pelbagai fungsi menarik lagi, dan menjadikannya lebih interaktif lagi. Hired.MY dibangunkan oleh MyInteractiveLab dan pernah diperlihatkan di akhbar News Straits Times sebelum ini.
5 Komen
Tinggalkan Komen Anda
kalo .my mesti akoo geram nk tanye. ko punye ke? ahhha!
haha. lol. bukan aku nyer da. kan aku dah tulis. My Interactive Labs nun. Ahaks~
aku nye. apesal?
boleh kita iklan kelebihan yg ada.
hahaha. aku sendri pun dah pening dgn laman web pekerjaan ni. bersepah…sungguh bersepah….kadang2 naik muak dah nak baca…berserabai skali.