Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Ingin menggunakan perkhidmatan Hotmail, tapi sayangkan alamat emel sedia ada? Kini, anda tidak perlu bimbang, memandangkan kini Hotmail menyediakan sokongan untuk emel pihak ketiga pada laman mereka, sekaligus memudahkan para pengguna emel lain menggunakan perkhidmatan mereka dan merasai pelbagai fungsi Hotmail dengan mudah.

Akaun GMail Pada Hotmail
Untuk membolehkan fungsi ini beroperasi, Microsoft telah mengintegrasikan sokongan POP dan juga fungsi “Send As” untuk membolehkan anda menerima dan menghantar emel daripada sebarang alamat emel yang disahkan dengan mudah. Ianya menyerupai seperti penggunaan Microsoft Outlook dan juga Mozilla Thunderbird pada desktop, cuma pada Hotmail, ianya disimpan secara dalam talian.
Menurut Microsoft, terdapat lebih daripada 30 juta pengguna seluruh dunia yang menggunakan alamat emel pihak ketiga untuk mengakses Windows Live ID, XBox, Zune, SkyDrive dan Messenger, sekaligus dengan pengenalan sokongan ini pada Hotmail, ianya sekaligus akan memberikan para pengguna lebih pilihan. Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, anda masih memerlukan Windows Live ID, yang mana anda boleh mendaftar secara percuma dengan mudah.
1 Komen
Tinggalkan Komen Anda
erk?
ni maksud forward email lain ke hotmail dan setkan email lain tu as sender masa nak compose email kan?
macam dah lama je bro?
kalau macam aku cakap ni, dari tahun lepas aku dah guna.