24Nov

HTC Desire Z dan Desire HD Tiba Di Malaysia

Gajet

Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya kini HTC Malaysia telah pun mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan dua lagi telefon pintar berasaskan Android daripada keluarga Desire, iaitu HTC Desire HD dan juga HTC Desire Z. Ianya akan dilancarkan secara rasminya di Malaysia pada hari Khamis ini.

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana HTC Desire Z akan dijual oleh Maxis di Malaysia, namun begitu, sehingga kini masih tiada sebarang pendaftaran minat diperkenalkan oleh mereka. Selain daripada itu, sebelum ini Maxis telah pun memperkenalkan HTC Desire di Malaysia, dan berkemungkinan besar, salah satu telefon pintar daripada keluarga itu akan terus ditambah dibawah portfolio tawaran mereka. Namun begitu, masih tiada sebarang berita berkaitan dengannya.

Harga rasmi untuk HTC Desire Z dan HTC Desire HD juga tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun, ianya dijangka berharga didalam lingkungan RM2500. Maklumat lanjut akan diketahui pada hari pelancarannya kelak, pada Khamis ini, 25 November.


iPad 2 Bersaiz Lebih Kecil Daripada Yang Pertama?
Apple iPad Bakal Di Lancarkan di Malaysia
Digital Mall Melancarkan Kedai Dalam Talian
Sah! HTC Flyer Dari Maxis Pada 27 Mei
Research In Motion Menerima CEO Baru - Adakah BlackBerry Akan Kembali Popular?

4 Komen

  1. bubbles182 pada 24 Nov 2010

    Sila banje saya HTC Desire Z. Kthxbye.

  2. aizuddin pada 24 Nov 2010

    aku pun nak satu boleh?

  3. fikri91 pada 24 Nov 2010

    akhirnya..
    tiba juga di pasaran malaysia..
    tapi harga dia agak dasyat r..
    boleh angkat laptop baru satu 2..huhuhu

  4. ejon pada 25 Nov 2010

    yg ni osem. bleh sambung tv. wakaka


Tinggalkan Komen Anda





Amanz Media Social Reader