24Nov

HTC HD7 Di Lancarkan Di Malaysia

Google, Telekomunikasi

Setelah ditunggu-tunggu, akhirnya Maxis bersama-sama dengan pihak HTC telah pun melancarkan perantian Windows Phone 7 pertama di Malaysia, iaitu HTC HD7, yang mana membawakan hiburan dan komunikasi pada perantian dengan skrin seluas 4.3″ itu.

Melalui HTC HD7, ianya membawakan beberapa fungsi baru yang menarik, termasuk skrin yang lebih besar dan juga kualiti bunyi yang mengagumkan. Kini, anda boleh menonton video kesukaan anda secara terus pada skrin seluas 4.3-inch. Selain daripada itu, menariknya, ianya juga turut sama didatangkan tempat sokongan untuk ianya didirikan, tanpa memerlukan anda memegangnya seperti dahulu. Bertambah menarik lagi, ianya diintegrasikan bersama-sama dengan Zune, yang memudahkan pengurusan sistem media anda, membolehkan anda memuat-turun dan sync fail dengan PC.

Pada masa yang sama HTC HD7 membawakan Windows Phone 7, iaitu sistem operasi generasi baru daripada Microsoft yang mengantikan Windows Mobile. HTC HD7 turut sama didatangkan dengan kamera 5-megapixel yang membolehkan anda merakam video dalam bentuk HD. Selain daripada itu, ianya turut sama membawakan sokongan fungsi lain yang biasa didapati pada telefon pintar yang lain, termasuk Bluetooth, WiFi dan lain-lain.

HTC HD7 ditawarkan di Malaysia oleh Maxis, dimana tanpa sebarang kontrak dan komitmen bulanan, anda boleh mendapatkannya pada harga RM2,399. Namun begitu, anda boleh mendapatkannya pada harga yang lebih murah dengan memilih samaada pakej 12 bulan atau 24 bulan yang didatangkan oleh Maxis, yang mana masing-masing berharga RM1699 dan RM1399.


Google Memperkenalkan Google Contact
Kini, Lebih 3000 Extension Untuk Chrome
HTC Watch Bakal Dilancarkan Di Malaysia?
Aplikasi Nokia Maps Untuk Windows Phone Mula Kelihatan
Lebih 3.7 Juta Peranti Android Diaktifkan Pada 24 Dan 25 Disember Lepas

7 Komen

  1. nazihahisa pada 24 Nov 2010

    tak mampu lagi la nk beli handphone canggih. makin la makin canggih. agak nya baru beli henpon baru lepas 2-3 bulan, tron harga smpi seprahu huhu

  2. Roslan pada 24 Nov 2010

    gambar aku review dekat tangan taknak? huhu

  3. hafidz pada 25 Nov 2010

    wah jadi pesaing iphone4 nih~

  4. peaqour pada 25 Nov 2010

    terbaek bro… ko lah gizmodo malaysia.

  5. ejon pada 25 Nov 2010

    dia punya spec lebih kurang HTC HD2.

  6. Zul pada 27 Nov 2010

    HTC HD 7 setanding dgn IPHONE 4 dan BLACK BERRY….HTC terbaik bg saya

  7. zara pada 02 Aug 2011

    i just got my HTC HD7 on last sunday… blum habis explore lg.. hehehe.. Zul leh cite ape yg bes tak? camera pun i tak sempat guna.. my fren yg godek2 hp tuh.. huhuhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader