27Nov

iPad 2 Bakal Membawa Pelbagai Perkara Baru

Apple

iPad baru sahaja diperkatakan yang akan dilancarkan di Malaysia, namun begitu, di pasaran antarabangsa, Apple sudah pada fasa akhir pembangunan Apple iPad generasi kedua yang mana dijangka akan diperkenalkan pada suku tahun pertama tahun hadapan. Menariknya, kini, beberapa fungsi-fungsi iPad 2 mula dilaporkan oleh beberapa media terkemuka di internet.

Antara perkara baru yang dijangka akan ada pada iPad generasi baru kelak adalah kamera hadapan (sama seperti pada iPhone 4 dan iPod Touch) yang akan membolehkan sokongan FaceTime, memudahkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda yang lain.

Pada masa yang sama, iPad 2 ini juga nanti akan lebih ringan daripada generasi pertama, dan menariknya, ianya akan membawakan port USB, memudahkan para pengguna untuk membuka aplikasi atau dokumen melalui port USB. Selain daripada itu, ianya juga dijangka memperkenalkan skrin lebih kurang seperti pada iPhone 4, yang menyokong teknologi Retina.

Pelbagai teknologi baru juga dijangka akan diperkenalkan bersama-sama dengan iPad generasi baru ini kelak. Buat masa ini, seperti biasa, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkenaan dengan perkara ini.


Apple Tidak Lagi Akan Menyertakan Butang Home?
Adakah DiGi Akan Membawa Masuk iPad 2?
Terato Tech Melancarkan Aplikasi Forest Fables
iPhone 4 Putih Bakal Dilancarkan Pada Minggu Ini
Infografik : Adakah Anda Mempunyai Sindrom Apple FanBoy?

3 Komen

  1. mancai pada 28 Nov 2010

    haaa barulah menarik… tapi harganya lebih kurang dengan yang sebelumnya adalah lebih baik

  2. GreenLava pada 28 Nov 2010

    Kenape la USB tak masuk awal-awal lagi (ipad 1)

  3. Faccy pada 21 Jan 2011

    Suke2..nasib baik blum cmpat bli ipad1 hehe


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader