30Nov

Maxis Memperkenalkan Pelan Data Untuk iPad

Apple, Telekomunikasi

Sebelum ini, pada bulan Mei, Maxis telah pun memperkenalkan mikroSIM untuk pengguna iPad, dan kini bersama-sama dengan pelancaran iPad di Malaysia, Maxis secara rasminya memperkenalkan pakej data pra-bayar dan juga pascabayar untuk para pengguna iPad di Malaysia.

Melalui pelan yang disediakan, Maxis menawarkan penggunaan sehingga 3.5GB data pada cuma RM70 yang mana sama untuk para pengguna pascabayar dan pra-bayar. Selain daripada itu, para pengguna pascabayar juga boleh menikmati penggunaan sehingga 15GB pada harga RM200. Namun begitu, semestinya ianya tidak masuk akal sekiranya pengguna iPad memuat-turun data sebanyak itu.

Buat masa ini, Maxis tidak menawarkan sebarang iPad, dimana sekiranya anda ingin membeli iPad, anda boleh mendapatkannya daripada sebarang pengedar rasmi Apple diseluruh negara mulai hari ini.


Apple Mendapatkan Paten Papan Kekunci Maya Untuk Desktop Dan Peranti Lain
Celcom Menawarkan Kandungan Digital Kepada Para Penggunanya Melalui TheCube
Penganalisa : iPad Generasi Akan Datang Bakal Dilancarkan Pada Februari
Celcom Bakal Turut Sama Menawarkan Samsung Galaxy Nexus
Yes Bakal Melancarkan Telefon Pintar 4G Pada Minggu Hadapan

5 Komen

  1. topo pada 30 Nov 2010

    makin ramai la orang bawak ipad lepas ni.. hohoho seb baik aku bukan fanboy

  2. Izzat Aziz pada 30 Nov 2010

    Aku memang kalau boleh nk beli je iPad ni, tapi aku terfikir lagi kenapa perlu aku beli.
    Masih tak jumpa sebab kenapa perlu aku beli.

  3. Pejuang Kesenian Extreme pada 30 Nov 2010

    Masih tak mampu nak pakai ipad…huhu

  4. Mohd Isa pada 30 Nov 2010

    nak ipad gak…tp better pakai smartphone sudah…semua ada…lg kecik…hehe

  5. Zahari pada 03 Dec 2010

    Kalau boleh tether ngan iPhone 4 punya 3G, takyah nak beli yang wifi+3G. beli yang wifi je dah cukup dah. hmmm… MacBook boleh jer tether.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader