11Nov

Mozilla Memperkenalkan Perkongsian Sosial Melalui F1

Perisian, Web 2.0

Seperti sedia maklum, awal minggu ini sebuah pelayar web baru telah dilepaskan, iaitu RockMelt yang membawa pelbagai fungsi sosial yang terbina padanya. Menariknya, hari ini, Mozilla memperkenalkan langkah baru dalam memperkaya pelayar web, iaitu add-on F1, yang mana membawakan perkongsian sosial secara terus pada pelayar Firefox.

Add-on ini yang kini menyokong pelayar web Firefox 3.6 dan Firefox 4.0 berfungsi dengan mudah sekali, dimana anda boleh berkongsi sebarang perkara samaada kepada Twitter, Facebook ataupun GMail dengan mudah, iaitu dengan hanya menekan pada butang F1 pada papan kekunci anda. Kini, sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu perkara, anda hanya perlu menekan butang F1, dan seterusnya anda boleh berkongsi dengan mudah. Walaubagaimanapun, pada kali pertama anda menggunakannya, anda perlu mengaktifkan servis tersebut dengan log masuk dan memberi kebenaran kepada pelayar web untuk mengaksesnya.

Mozilla juga pada masa yang sama mengatakan yang mana kelak mereka akan membuka API, membolehkan sebarang laman sosial untuk mengintegrasikan servis mereka bersama Firefox, yang mana bermakna, F1 ini kelak akan menyokong kesemua servis perkongsian, terus daripada pelayar web.

Anda boleh memuat-turun add-on F1 ini kepada pelayar web Firefox anda dan mula berkongsi pelbagai perkara menarik dengan amat mudah sekali.


WordPress 3.0 Beta 1 Sedia Di Uji
Maxis Movies Diperkenalkan Untuk Pengguna Android
RIM Bakal Memperkenalkan Sistem Operasi Baru Dipanggil BlackBerry X?
Twitter Mengintegrasikan Lebih Maklumat Pada Halaman Carian Mereka
AdaCode Menawarkan Kandungan Dengan Hanya Miscall

3 Komen

  1. mosyar pada 11 Nov 2010

    hohooho…smart. terus install add-on ni tanpa cakap banyak.

  2. matjan pada 12 Nov 2010

    nape apo ni? hok share laju?

  3. Roslan pada 26 Nov 2010

    mozilla aku ade masalah..tak tau nape..terpakse biat jer


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader