22Nov

Opera 11 Beta Akan Muncul Dalam Masa Terdekat

Perisian

Setelah versi alpha demi alpha, kini pihak pembangun Opera sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan versi beta untuk Opera 11. Ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah Opera 11 Beta akan menemui para pengguna, namun ura-ura memperkatakannya akan dilepaskan paling awal pada 23 November ini, ataupun lebih tepat lagi pada hari esok.

Opera Software gemar memperkenalkan pelbagai perkara baru yang kemudiannya akan menjadi trend para pembangun pelayar web. Setelah kejayaan demi kejayaan melalui pelayar web sebelum ini, kini melalui Opera 11, mereka membawakan fungsi extension, yang membolehkan para pembangun aplikasi web pihak ketiga membangunkan aplikasi mereka untuk pelayar web Opera menggunakan standard yang sebetulnya.

Tahun ini memperlihatkan perang pelayar web semakin menarik, dimana semua pelayar web memperkenalkan pelbagai fungsi menarik, selain Internet Explorer 9 sendiri yang mula menyokong HTML5 dan CSS3. Selain daripada itu, Google telah menjadikan pembangunan pelayar web mereka lebih pantas, yang mana kini Chrome 9.0 sudah pun boleh diuji di saluran pembangun, selain Firefox 4.0 yang dijangka akan menemui para pengguna tahun hadapan.


Internet Explorer 9 Beta Di Muat-Turun Lebih 20 Juta Kali
Instagram Kini Mempunyai Lebih 6 Juta Pengguna
Kemaskini Nokia Carla Bakal Diperkenalkan Pada Suku Ke-Empat Tahun Ini
Huawei Bakal Mengeluarkan Peranti Berasaskan Tizen
Paper - Aplikasi Lakaran Yang Menarik Untuk Pengguna iPad

5 Komen

  1. Gumuu pada 23 Nov 2010

    Opera ni mcm Apple. Walaupun pasaran tak besar, tapi ia bnyk revolusi ciri-ciri baru untuk browzer. Dah pakai Opera untuk Linux tapi masih tak berkenan dgn antaramuka dia, banyak sgt menu atau ciri yg ditonjolkan dlm satu-satu masa…

  2. mancai pada 23 Nov 2010

    still pak musang dan opera feveret aku…

  3. kaizendeen pada 23 Nov 2010

    kepantasan chrome memukau aku..tak berminat sangat dengan opera.

  4. Ali ridha pada 23 Nov 2010

    opera dan firefox tetap aku pilih.

  5. che armad pada 23 Nov 2010

    download opera 11…


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader