08Nov

Pelayar Web RockMelt Di Lepaskan Dalam Beta Terhad

Perisian, Web 2.0

Ingatkah lagi berkenaan dengan projek RockMelt yang pernah diperkatakan suatu masa dahulu? Kini setelah lebih setahun, pelayar web sosial tersebut akhirnya mula memperlihatkan yang mereka akan siap, dan kini para pengguna sudah boleh mendaftarkan diri untuk menguji versi beta daripadanya dalam masa terdekat ini, selain mereka juga telah memperlihatkan video khas mengenai pelayar web mereka, RockMelt.


Antaramuka RockMelt

Seperti Flock, RockMelt juga menggunakan Chromium sebagai asas untuk membangunkan pelayar webnya, sekaligus membawakan antaramuka yang lebih kurang sama seperti Chrome, dan pelbagai fungsi menarik padanya turut didatangkan bersama. Namun begitu, memandangkan ianya dipanggil sebagai pelayar sosial, ianya turut mengintegrasikan fungsi sosial, dimana Facebook diintegrasikan disebelah kiri pelayar web, membolehkan anda bersembang dan melihat kemaskini status mereka dalam masa nyata, serta rakan Twitter dan RSS diintegrasikan di sebelah kanan.

Selain daripada fungsi sosial, ianya juga membolehkan para pengguna membuat carian dengan lebih mudah dan menarik lagi secara terus daripada pelayar web mereka. Buat masa ini, ianya didatangkan untuk Mac dan PC dalam versi beta terhad. Kami telah mendaftarkan diri untuknya, dan mungkin akan membuat ulasan penuh berkaitan dengannya selepas kami mengujinya. Anda juga boleh mendaftarkan diri untuk mengujinya pada laman RockMelt.com.


Nizar Antara 10 Topik Terhangat Di Twitter
Churp Churp Bakal Ubah Cara Beroperasi
WordPress Memperkenalkan Tema Mesra HTML5
Social Media Week 2012 Bakal Memperlihatkan Lebih 15 Startup Bertanding
Instagram Memulakan Pendaftaran Minat Untuk Aplikasi Android

4 Komen

  1. Gumuu pada 08 Nov 2010

    haha…akhirnya. kluar gak browser ni. dulu dia suh isi emel je utk makluman. lama giler tak dpt makluman. hari ni dia kluar plak.

  2. mad pada 08 Nov 2010

    Wow gempak je rockmelt ni.
    x sabar nak try.

  3. awis pada 08 Nov 2010

    nice


Trackbacks/Pingbacks

  1. Selamat Ulang-Tahun Ke-Enam, Firefox | LinuxMalaya

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader