17Nov

RIM Memperlihatkan Prestasi Pelayar Web PlayBook

Gajet

Seperti sedia maklum, RIM telah pun memperkenalkan tablet mereka sebelum ini, iaitu BlackBerry Playbook, dan ianya dijangka akan mula dijual pada suku pertama tahun hadapan pada harga yang agak murah berbanding dengan yang lain. Selain daripada harga, kini melalui sebuah video khas, RIM juga memperlihatkan yang mana tablet mereka lebih mesra web berbanding dengan iPad daripada Apple.

Walaupun Playbook menggunakan cip pemprosessan terkini, ianya turut memperlihatkan sokongan untuk Flash, dan HTML5 yang lebih bagus lagi daripada Apple iPad. Namun begitu, seperti sedia maklum, Apple turut sedang membangunkan iPad generasi baru, dan dijangka turut sama akan diperkenalkan pada suku tahun pertama tahun hadapan.

Selain daripada video ini, CEO RIM turut memperkatakan yang mana perantian mudah-alih tidak memerlukan aplikasi yang banyak seperti mana yang dilakukan oleh Apple, sebaliknya mereka perlu menumpukan lebih perhatian kepada pelayar web mudah-alih mereka. Perkara sama juga turut dikongsikan oleh Google dimana mereka sendiri sedang membangunkan Chrome App Store, dimana melaluinya mereka memfokuskan kepada pembangunan aplikasi berasaskan web yang boleh digunakan melalui pelayar web.

BlackBerry PlayBook dijangka akan dijual pada harga lebih kurang RM1500 di luar negara. Namun begitu, harganya di Malaysia masih lagi tidak diketahui, dan dijangka akan pada kadar harga yang lebih kurang serupa.


Opera Unite - Pelayar Web Kini Adalah Server
Mozilla Melancarkan Firefox 4.0 Secara Rasminya
Google Mula Mengiklankan Chrome Pada Televisyen
Vertu Memperlihatkan Constellation - Telefon Mewah Skrin Sentuh Pertama Mereka
Nokia Bakal Memperkenalkan Tablet Windows 8 Pada Penghujung Tahun Ini?

5 Komen

  1. kaizendeen pada 17 Nov 2010

    Biasanya apa gajet yg dikelauarkan oleh Apple mesti jadi trend dan ikutan oleh syarikat2 lain…mungkin keluaran baru Apple lebih kecil kot..

  2. Piratz pada 17 Nov 2010

    canggih ni… bile la leh dapat

  3. Roslan pada 17 Nov 2010

    biasanya apple akan mejadi ketua bab2 new technology dan orang lain akan ikut dan buat lebih baik dari apple.. apple tak risau pon pasal jualan diorang..sbb memang brand apple or mac dah dikenali dari brand2 lain

  4. matjan pada 17 Nov 2010

    ipad ftw

  5. Jom Linux pada 17 Nov 2010

    sekalipun ni nmpak cam bagus…Blackberry hanya bandingkan browzer je. tablet walaupun byk guna internet tp ada gak keperluan utk perisian pejabat ringan macam mainkan slideshow, paparkan gambar, membaca e-book dan juga pengurusan yg baik. ia memberikan kesemua pengalaman yg baik utk diterima.

    aku penah guna blackbery (mcm2 jenis gak le) … menu dia berterabur, rumit betul nak adjust. aku rs yg org beli blackberry pasal pakai internet takde had dgn harga murah dari iPhone. campur tolak ada sikit aplikasi bisnes.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader