10Nov

Sophos Memperkenalkan Antivirus Percuma Untuk Mac

Apple, Sekuriti

Selain beberapa antivirus untuk Mac OS sedia ada, kini Sophos turut melancarkan antivirus untuk Mac, dan menariknya ianya boleh dimuat-turun oleh para pengguna secara percuma, dan boleh menggunakannya tanpa sebarang tarikh luput dan sebarang pendaftaran. Sophos Anti-Virus Home Edition ini boleh dimuat-turun oleh para pengguna seluruh dunia, dan melindungi komputer yang menggunakan Mac OS X daripada serangan virus.


Sophos AV Pada Mac OS


Ujian Eicar Menggunakan Sophos

Sophos Anti-Virus Home Edition menyediakan pengenal-pastian virus dan aplikasi berbahaya dalam masa nyata, yang mana aplikasinya berjalan secara disebalik latar, sekaligus tidak menganggu sebarang operasi para pengguna. Para pengguna Mac juga tidak perlu menjalankan scan secara manual memandangkan ianya dilindungi secara masa-nyata.

Selain daripada anti-virus khas untuk para pengguna Mac, mereka juga menyediakan sebuah forum khas untuk para pengguna Mac bertanyakan berkenaan dengan produk mereka ataupun berbincang mengenai sekuriti pada Mac. Anda boleh memuat-turun aplikasi anti-virus Sophos untuk Mac ini secara percuma untuk komputer anda yang menjalankan Mac OS X.


Apple Memperlihatkan iPhone OS 4.0 Pada 8 April
Oh! Media Bakal Melancarkan Blog Memfokuskan Apple
Apple Melancarkan iCloud.com Beta Untuk Para Pembangun
HackWeekday Bakal Diadakan Pada 12 Oktober - Pendaftaran Dibuka Sekarang
Apple Melancarkan Aplikasi iBooks Author Untuk Mac - Memudahkan Penghasilan Buku Digital

7 Komen

  1. Gumuu pada 10 Nov 2010

    Baguih nie !!

  2. syahrilhafiz pada 11 Nov 2010

    aik..mac os pakai antivirus ke…alamak first time baru tahu..hehe..noobnya aku

  3. Gumuu pada 11 Nov 2010

    semua OS ada anti virus…cuma perlu sgt atau tak je

  4. theskop pada 11 Nov 2010

    Nasib baik Mac masih selamat

  5. syahdila pada 11 Nov 2010

    wah.. tp aku xnak mende ni ade dalam hackintosh aku.. muaahaha..

  6. Ali ridha pada 12 Nov 2010

    Mac os virus jarang sgt masuk.

  7. asx pada 14 Nov 2010

    kat windows pn x pakai av. lol.


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader