09Nov

Super Wiggy Membawakan Kelajuan Lebih 6 Kali Ganda

Web 2.0

Seperti yang diperkatakan semalam, P1 telah pun melancarkan perantian USB WiMAX yang baru dengan nama Super Wiggy UH235, yang mana boleh didapati dengan tambahan hanya RM30 sebulan keatas komitmen bil anda sedia ada. Menariknya, melalui perantian yang baru ini, ianya membawakan kelajuan yang lebih pantas lagi daripada perantian-perantian yang dikeluarkan sebelum ini.

Secara teknikalnya, ianya menggunakan antena 5dBi omni yang mana boleh menerima gelombang dari sebarang arah, selain pada masa yang sama ianya akan secara automatik memilih antena yang paling baik sekali untuk prestasti yang paling baik. Selain itu, dengan kuasa transmisi 25dBm, ianya membolehkan para pengguna menerima kualiti yang bagus samaada di dalam banggunan ataupun di luar.

Untuk menguji sendiri, kami telah meminta sebuah Super Wiggy daripada pihak P1, dan telah mengujinya di dalam banggunan di sebuah lokasi di Rawang. Kami juga telah menguji kelajuannya bersama-sama dengan perantian DV230 daripada P1 pada lokasi yang serupa, dan hasil yang diperlihatkan adalah menakjubkan.

Daripada ujian yang dijalankan, ianya memperlihatkan kelajuan sehingga lebih 6 kali ganda daripada DV230 sedia ada. Walaubagaimanapun, kelajuan muat-naik daripada UH235 adalah tidak begitu menarik, selain masa PING yang mengambil masa sedikit lama berbanding DV230. Namun begitu, kelajuan sehingga 1.96MB/s di Rawang amat menakjubkan, dan berkemungkinan besar, kelajuannya adalah lebih bagus lagi disekitar Lembah Kelang, dan beberapa bandar utama yang lain.

Satu lagi perkara yang amat mendukacitakan adalah dimana Super Wiggy ini hanya didatangkan dengan sokongan untuk Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan juga Mac OS X sahaja buat masa ini, sementara masih tiada sokongan untuk Linux. Selain itu, anda juga tidak boleh berkongsi talian anda bersama rakan anda yang lain buat masa ini melalui Super Wiggy ini.


Penipuan Klik Mencecah Kadar Tertinggi
WordPress 3.3 Membawakan Pelbagai Perubahan Dan Sokongan Baru
Facebook Kini Menyediakan Pautan Muat-Turun Rasmi Messenger Untuk Windows
The Star ePaper Untuk Android Dilancarkan - Akaun Percubaan Percuma Sehingga 30 April 2012
Pandang Pertama - Aplikasi Instagram Untuk Android

14 Komen

  1. akuzle ayu pada 09 Nov 2010

    hmmm…. tp masih bole dipertimbangkan neh…

  2. fikri91 pada 09 Nov 2010

    huh!!..
    memang mengancam P1 ney..jelez aku..
    tapi aku tetap setia dengan streamyx..:)

  3. msbmna pada 09 Nov 2010

    Waahhh…bagus ni!

    Bilalah agaknya kawasan aku nak ada liputan P1 Wimax ni? Hurm…

  4. Omar pada 09 Nov 2010

    hoho.. aku kecewa dah ngan P1.. dah tukar pakai unifi la..

  5. mosyar pada 09 Nov 2010

    aku tak berapa tahu sangat pasal p1 wimax ni…tapi semua orang kata ianya hebat….tapi aku tak percaya…..hahaha.

  6. Eizil pada 09 Nov 2010

    hurmm… banyak gak perbezaan tuh, tapi bagi aku, upload sama penting ngan download, kalau upload semput2 jer, camner nak buat keje.

  7. Made pada 09 Nov 2010

    Nak pakai,line kat rumah ak xde.P1 ni lembab sikit bab coverge ni
    ni produck je dia pentingkan.
    so streamyx?unifi terbaik.

  8. snazzybizarre pada 09 Nov 2010

    hurm… masih setia kpd streamyx juga

  9. Gumuu pada 09 Nov 2010

    modem je lah yg laju…pakej bagi lambat. bandwidth terlebih jual. laju 6 kali ganda tu laju maksimum bukan minimum

  10. Piratz pada 09 Nov 2010

    aku nak pinjam sat bley?

  11. kingsway pada 10 Nov 2010

    Modem sudah ada. Apa lagi cobalah pakai linux. Debian dengan Zen/Liquorix kernel, Fedora 14, openSUSE 11.3

    P1 mesti gembira jika bro aman boleh buat ia berfungsi dalam linux.

  12. Ali ridha pada 10 Nov 2010

    ubuntu x leh guna Super Wiggy ni.
    uji guna laptop kawan la.

  13. Novice-P1User pada 03 Nov 2011

    Hmm ya ke test result ni??? Waswas aku dibuatnya. Dalam building dapat good signal??? Hmm… aku baru dapat Super Wiggy ni sebab orang P1 call kata kononnya sebagai menghargai pelanggan terpilih. So dengan rasa seronok di hati lepas terima barang, aku cubalah buat connection dalam rumah. Menghampakan! Langsung tak dapat connect! Hmm… kalau aku guna YES 4G connect via on-the-go modem diorang tu… aku dapat full signal tau. Try guna Super Wiggy… signal hancurrr… Dah halakan sana sini, memang hancurrr… apa pun tak boleh! Untuk outdoor tak payah nak bincanglah sebab rasanya takde masalah.


Trackbacks/Pingbacks

  1. Setahun Bersama P1W1max | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader