10Nov

TechVentures : 9 Syarikat Membawa Pulang RM1.5 Juta

Web 2.0

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pada Isnin dan Selasa yang lepas, telah diadakan buat julung kalinya, MAD TechVentures yang memperlihatkan pelbagai startup daripada Malaysia. Menariknya, melalui acara yang diadakan, tahun ini memperlihatkan sebanyak 9 startup membawa pulang wang berjumlah sehingga RM1.5 juta untuk pembangunan berterusan idea mereka.


Pemenang TechVentures [via]

TechVentures 2010 memperlihatkan ianya dimenangi oleh Web Bytes Sdn Bhd, yang mana membangunkan Xilnek, sebuah penyelesaian dalam talian untuk aplikasi perniagaan untuk bisnes-mikro, SOHO dan syarikat SME. Menggunakan model SaaS, Xilnek menyediakan kos penyelengaraan yang rendah, dan kebolehan untuk menggunakan aplikasi tersebut dimana-mana jua.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang MSC Malaysia TechVentures 2010 yang dipilih oleh senarai panel:

  • Komunikasi dan Mudah-Alih : Terato Tech Sdn Bhd
  • Permainan dan Kandungan Kreatif : Hezmedia Interactive Sdn Bhd
  • Aplikasi Bisnes dan Produktiviti : e-Trifecta Solutions Sdn Bhd
  • Langganan Dan Marketplace : Capsuco Enterprise
  • Perkomputeran Awan, SaaS dan Aplikasi Web : Web Bytes Sdn Bhd

Selain pemenang yang dipilih oleh panel terpilih, hadiah juga turut diberikan untuk pemenang yang dipilih oleh para hadirin. Berikut merupakan senarai penuh pemenang MSC Malaysia TechVentures 2010 yang dipilih oleh para hadirin:

  • Komunikasi dan Mudah-Alih : Convep Mobilogy Sdn Bhd
  • Permainan dan Kandungan Kreatif : Hezmedia Interactive Sdn Bhd
  • Aplikasi Bisnes dan Produktiviti : e-Trifecta Solutions Sdn Bhd
  • Komuniti dan Rangkaian Sosial : TechSailor Group Sdn Bhd
  • Langganan Dan Marketplace : Scandic Corporation Sdn Bhd
  • Perkomputeran Awan, SaaS dan Aplikasi Web : ISA Technologies Sdn Bhd

Blogtitude Bakal Kembali April Ini
Facebook Bernilai $41 Billion?
Rangkaian Sosial Sepanjang Minggu
Twitter Mengambil-Alih BagCheck
Diskaun.my Bakal Memperkenalkan Sokongan Kedai Atas-Talian

5 Komen

  1. fikri91 pada 10 Nov 2010

    wah…
    mantap juga syarikat dari Malaysia..
    bangga melihat hasil anak watan

  2. mosyar pada 10 Nov 2010

    kenapa tak linkkan sekali web mereka? senang skit aku nak masuk…hehehe. ni tak pasal2 kena google. hehehee.

  3. Hanep pada 10 Nov 2010

    Slashes & Dots (Jomsocial) x masuk?

  4. Zairi Zaidi pada 10 Nov 2010

    tahniah kepada mereka

  5. fazlee pada 10 Nov 2010

    Tahniah! Tahun depan kita jumpa lagi!


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader