09Nov

Tiket Tayangan The Social Network Untuk Di Menangi

Lain-lain, Web 2.0

Salah satu filem yang dinantikan oleh para pengguna dan peminat Facebook adalah The Social Network. Walaupun ianya telah ditayangkan di Amerika pada bulan lepas, ianya masih belum ditayangkan di Malaysia, dan tayangan perdana kelak akan diadakan pada 2 Disember kelak. Menariknya, di Amanz, kami memberikan 3 tiket percuma untuk pembaca bertuah, tajaan daripada JomSocial.

Bagi yang tidak ketahui akan JomSocial, ianya merupakan salah satu plugin untuk Joomla, membolehkan para pengguna membuat rangkaian sosial tersendiri dengan mudah. Sebelum ini, JomSocial pernah memenangi pelbagai anugerah, selain turut menjana laman sosial di Joomla dan juga Linux.com. Syarikat disebalik JomSocial juga merupakan pembangun SookaChat yang diperkenalkan baru-baru ini.

Berbalik kepada tayangan perdana filem The Social Network, berikut merupakan maklumat berkaitan tarikh dan lokasi tayangan tersebut:

Tarikh : 2 Disember 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Lokasi : MidValley Magamall, Kuala Lumpur
Penaja : JomSocial.com // Facebook JomSocial

Selain daripada tayangan perdana filem The Social Network, para pembaca juga kelak akan dapat berjumpa dengan ramai orang dari industri web dan teknologi, terutamanya para pembangun disebalik JomSocial itu sendiri. Untuk mendapatkan tiket anda, anda hanya perlu meninggalkan komen, Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?. Tiga pembaca bertuah akan dipilih berdasarkan komen paling kreatif.

Jadi, Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?

Jangan lupa “Like” laman JomSocial di Facebook. ;)

Kemaskini Pada 30 November
Pemenang bertuah telah dihubungi melalui emel.


Masukkan Video YouTube Ke Dalam SlideShare
myE-Buzz Melancarkan Halaman Central
AmanzRewards : Terima Kasih Terato Tech
Facebook Menguji Bahagian Bar Atas Dengan Menyertakan Gambar Profil Pengguna
#BorakGajet - Podcast Membincangkan Dunia ICT Oleh Asri Al-Baker

22 Komen

  1. khairil pada 09 Nov 2010

    macam mana nak jadi 3 yang bertuah

  2. aMaNz pada 09 Nov 2010

    @Khairil : Nie konpem kes tak baca artikel sampai habis. Tinggalkan komen berkenaan Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?, dan tiga komen kreatif akan dipilih sebagai pemenang. ;)

  3. Roslan pada 09 Nov 2010

    kerel mmg camtu.. tu pasal p1 tolak dia tepi..haha

  4. syahrilhafiz pada 09 Nov 2010

    lol..aku ingatkan yang mangga ads…jomsocial rupanya..
    cite ni best bro…

  5. shaharil pada 09 Nov 2010

    Terlepas peluang nak tengok, walaupun diberikan secara percuma. Aku dah balik kedah time tu untuk sambung final exam.

  6. khairil pada 09 Nov 2010

    haha…bukan x baca sampai abes tp exited pulak..
    damn, roslan xabes2 pasal p1

  7. Roslan pada 09 Nov 2010

    excited kebende? haha ang kan nak bercuti dah.. p1 penang panggil tu suh testing power.. hehe.. tak bc sampai abis tu..hehe

  8. Omar pada 09 Nov 2010

    hoho.. ingat nak join, tapi dah download dan tgk.. memang menarik.. jadi siapa yang nak tiket tu..join la cepat:)

  9. snazzybizarre pada 09 Nov 2010

    Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan ? hurm… pasti lebih maju… FB akan bersaing dgn Diaspora… malaysia pulak ada laman sosial yg tersendiri dan popular dikalangan rakyatnya.. mcam korea ada Cyworld… semakin ramai netizen(macam citizen… tp yang menggunakan internet) kat malaysia ni , seiring dengan kadar penembusan jalur lebar yang makin meningkat :D

  10. khairil pada 09 Nov 2010

    @Roslan lol..aku masuk balik bljr awal bulan ni..dah ada kat shah alam,,nak jadi 1st komentar kat sini :P

  11. sazuwi pada 09 Nov 2010

    hehe..
    filem sejarah buat dunia sosial internet..kener tengok nie..

  12. mosyar pada 10 Nov 2010

    ” Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan? ”

    A : persaingan kalah mati antara laman sosial terkemuka. pasti laman sosial yang hebat/popular pasti memang, dan selain itu, kesemua syarikat laman sosial terkemuka setiap negara bergabung/bekerjasama dan mencipta laman sosial yg pelbagai. cthnya : facebook bekerjasama dgn myspace, friendster, tagged dll. seterusnya mecipta laman sosial betul2 tanpa sempadan.

  13. akuzle ayu pada 10 Nov 2010

    Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?

    Hubungan yg mapan,
    Supaya mata boleh bertentang,
    Jangan pula ada yg hairan,
    Kita boleh bersembang berjam2.

    ehehehehe… kalo dpt spasang tiket kan ker besh. bole akak dating ngan hub…err, mcm dh terpilih plaks… macik koya!!

  14. Scromix pada 10 Nov 2010

    dah tgk, tak berapa best. patut la mark zuckerberg ikrar xkn tgk.

  15. andyhowtt pada 10 Nov 2010

    aku tak dpt join lah der contest nie…aku dah kat sabah time tu hahaha

  16. muhammad syafiq pada 10 Nov 2010

    Q : Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?

    A : Saya ingin lihat 1 polisi global yang diterima semua manusia sejagat
    yakni rangkaian sosial bukan untuk orang malas tapi ia untuk ciptaan
    inovasi merapatkan hubungan interativiti semua orang dan penggunaan
    rangkaian sosial bukan mencabar hak asasi manusia seperti ancaman jenayah siber
    dan sebagainya.

  17. Adik Hasinah pada 10 Nov 2010

    Q : Apakah Yang Anda Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan?

    A:Rangkaian sosial yang mudah di layari di mana sahaja tanpa membebankan pengguna.Sesebuah rangkaian sosial juga perlu menyediakan lebih kemudahan untuk mencari dan menyampaikan maklumat.Interaktif antara rakan juga perlu dipertingkatkan sekali gus menyediakan badan berkuasa bagi membanteras jenayah siber yang berleluasa.

  18. Affendi pada 10 Nov 2010

    Saya ingin melihat laman web sosial yang penuh dengan perdebatan ilmu dan perbincangan mengenai perkara-perkara bermenafaat daripada seluruh warganya. Saya juga berharap laman web sosial akan datang berjaya mengurangkan penyakit tekanan dan emosi negatif sesama manusia seperti malu atau cemburu tidak bertempat, rasa rendah diri dan melahirkan tindak tanduk positif seperti bersopan-santun, bijak mengeluarkan pendapat, terbuka menerima pandangan dan sebagainya. Sifat-sifat positif ini bukan sahaja terhad kepada perhubungan dalam talian tetapi juga meresap pada diri seseorang di persekitaran dunia sebenar.

  19. shrek pada 11 Nov 2010

    dh tgk..movie on9 internet bersepah skang..cerita ni ok jer.ending lak agak slow..ape pon,cite tu base on true story..zukerberg memang gempak la..

  20. od3n pada 12 Nov 2010

    best cite nie. xrugi tengok. aq da dolod. mark mmg sempoi.

  21. syauqi pada 16 Nov 2010

    Apa Yang Saya Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan ialah laman sosial yang menawarkan komunikasi di antara para penggunanya samaada dalam berkongsi maklumat, berhibur, bersosial dan sebagainya.Juga menyediakan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang menyeronokkan khas untuk ahlinya, serta menyediakan pelbagai ganjaran menarik untuk penggunanya.

  22. faizal pada 23 Nov 2010

    Apa Yang Saya Ingin Lihat Daripada Dunia Rangkaian Sosial Pada Masa Depan adalah satu rangkaian laman sosial yang lebih selamat penggunaannya, info pengguna yang begitu privasi terjamin dan diawasi pihak ketiga yang dilantik pihak berkuasa, sejajar dengan misi meningkatkan lebih impak positif berbanding kesan negatif didalam dunia rangkaian sosial.







Amanz Media Social Reader