Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Selain daripada berita mengatakan yang mana Google ingin membeli Groupon, ianya juga turut diperkatakan yang mana Google sebelum ini telah menawarkan antara $2.5 billion hingga $4 billion kepada Twitter untuk mengambil-alihnya. Selain daripada Google ianya diperkatakan Microsoft juga turut sama ada menawarkan sejumlah wang kepada Twitter untuk mengambil-alihnya sebelum ini.
Salah seorang pemegang saham Twitter mengatakan yang mana sebelum ini, tiga bulan yang lalu, mereka telah menolak tawaran sehingga $4 billion yang diterima daripada mereka. Namun begitu, dia tidak memberitahu samaada tawaran tersebut datangnya daripada Microsoft, Google mahupun syarikat yang lain.
Seperti sedia maklum, tawar-menawar dan pelbagai ura-ura di industri web ini adalah perkara biasa, lagi-lagi sekiranya ianya datang daripada Google. Google sendiri diperkatakan mempunyai wang simpanan melebih $30 billion, dan dengan wang tersebut, mereka sememangnya boleh membeli beberapa syarikat terkemuka dunia, termasuk Twitter mahupun Groupon, dan sekaligus menambah portfolio mereka. Cuma menjadi satu masalah adalah samaada syarikat tersebut ingin diri mereka dimiliki oleh Google ataupun tidak.
8 Komen
Tinggalkan Komen Anda
google membeli startup dan merosakkannya
Agak2 google nak tak beli moto kapcai ak ni ha?
boleh la angkut Inspira sebijik.
Habis semua syarikat nak dibelinya,
mentang-mentag byk duit..
Mengikut valuation semasa even i dont think yg twitter patut jual diri kpd google. projection of web world adlh sgt uncertain even kite sendiri nmpk mcm mane twitter menjadi sgt popular dgn pantas dn dh dikire mampu bersaing dgn fb kalaupun tidak lebih popular.
$4 Billion belum cukup untuk twitter.. =P
kalu aku dengan 4 billion tu dah kelabu mata dah…hahaha…jual je, pastu buat yg lain plak. mungkin lagi top.
hoho..semua dia nak beli..
Kalau Google beli habislah. Mesti nak diintegratekan dgn gmail la, buzz lah etc. I don’t want that!