17Nov

YM! 11 Beta Mengintegrasikan Facebook Chat

Yahoo!

Dalam usaha untuk menjadi salah satu hab sosial terkemuka, kini Yahoo! memperkenalkan Yahoo! Messenger Beta yang baru, dimana melaluinya, ianya membawakan pelbagai integrasi termasuk kemaskini daripada Yahoo! Pulse, Flickr, Facebook dan juga Twitter terus daripada klien Yahoo! Messenger 11 Beta yang baru ini.

Selain daripada integrasi tersebut, Yahoo! Messenger 11 Beta juga turut membolehkan para pengguna bermain permainan sosial daripada Zynga, dan beberapa penyedia permainan lain dengan mudah. Pada masa yang sama, anda juga boleh melihat dan meninggalkan komen, serta “Like” kemaskini status rakan mereka daripada Facebook dan Twitter. Anda juga boleh bersembang dengan rakan-rakan Facebook anda dengan pengintegrasian Facebook Chat yang dibawakan oleh Yahoo! Messenger 11 Beta.

Para pengguna boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 11 Beta untuk Windows yang baru dan mula menggunakan pelbagai fungsi baru yang dibawakan olehnya.


Yahoo! Mail Kini Menyokong Fail Sebesar 100MB
Tiada Lagi Jemputan Di Perlukan Untuk Yahoo! Meme
Keutamaan Yahoo! Sepanjang Tahun 2010
Facebook Bakal Mengintegrasikan Fungsi Lokasi
Facebook Menamatkan Perkhidmatan Facebook Deals

14 Komen

  1. od3n pada 17 Nov 2010

    nice. mmg ini yg aq tunggu. cuma satu lg probs ialah integrasi ngn hotmail & etc yg limited sket.

  2. Nizam6281 pada 17 Nov 2010

    Aku ni pengguna tegar YM
    Moga2 ringan :)

  3. menteil pada 17 Nov 2010

    hehe.. download terus lah walaupun tak aktif sangat main chatting nie…

  4. matjan pada 17 Nov 2010

    mac tak de.

  5. Eone2002 pada 17 Nov 2010

    Salam bro..
    Nk tanya la Ym law xdisplay text yg ditaip nape ye?

  6. Taufik Mansor pada 17 Nov 2010

    fungsi YM yg menakjubkan… good job

  7. Ali ridha pada 17 Nov 2010

    senang sikit main twitter dlm YM.

  8. Piratz pada 17 Nov 2010

    Aku dah cuba.. menarik gak… Memang terbaik bab yang facebook chat tue.. Twitter kureng…

  9. od3n pada 18 Nov 2010

    @Eone2002 cume restart ym. kalo xmau remove addon2 yg ko ade gune kt ym tu mcm smiley etc.

  10. khairul pada 16 Mar 2011

    hai guys…nak tanye….sbelum ni kan biase gune YM yg dulu tu….beza ea dgn YM beta ni??…boleh x kite just upgrade YM lame tu ke YM beta ni tnpa mndownload??

    • Aman pada 16 Mar 2011

      Berbeza. Takleh nak update. Kena download baru.

      • khairul pada 16 Mar 2011

        owh….so…kalau kite download yg baru tu…abis yg lame tu kne uninstall kan ke or biar je??

  11. austine pada 25 Jun 2011

    kenapa halaman senbang saya tak dapat berfungsi


Trackbacks/Pingbacks

  1. Muat Turun Yahoo Messenger 11 Beta [Offline Installer] | MrPiratz[dot]Com

Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader