Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan dunia laman sosial yang semakin naik popularitinya, kini, laman yang dahulunya dikenali sebagai MyFwen.com dilancarkan semula dibawah penjenamaan baru, iaitu 1Kampus, menggunakan Joomla, serta menggunakan Facebook Connect untuk memudahkan para pengguna mendaftar untuk laman mereka.

Antaramuka Laman 1Kampus
MyFwen sebelum ini, telah ditubuhkan pada 2007, namun disebabkan beberapa masalah, ianya terpaksa dihentikan, dan kini muncul semula dengan nama 1Kampus. Buat masa ini, 1Kampus mempunyai lebih kurang 4 orang pembangun disebaliknya, masing-masing dengan tugas berlainan, dalam membangunkan suatu komuniti yang interaktif, selain memupuk sifat kerjasama dan bersatu-padu antara satu sama lain.
1Kampus, seperti laman-laman sosial yang lain, turut membolehkan para pengguna melihat profail rakan, dan menambah rakan-rakan, selain turut membolehkan para pengguna menambah gambar dan video dengan mudah. Anda juga boleh membuat kumpulan masing-masing, dan berkongsi minat antara satu sama lain dengan mudah melalui laman 1Kampus ini.
Walaupun ianya agak sukar untuk menarik minat para pengguna untuk menggunakan laman tersebut, dengan penggunaan Facebook Connect, ianya mungkin serba sedikit menarik minat pengguna menggunakannya, selain dengan pemasaran yang betul, dan secara berperingkat, mungkin ianya boleh pergi jauh.
14 Komen
Tinggalkan Komen Anda
hohoho interface dia smart..
warna dia bestt
Friendster & Myspace rating jatuh masuk gaung disebabkan Facebook, inikan pula web ini. Takpe, bagi experience untuk pembangun explore Joomla + JomSocial.
saya suka 1Kampus!!jom lepak sini wehhhh…
skg juga register
1kampus pulak…hehe…Guna joomla ja nuh
mmg smart interface baru nie..
dah cukup banyak dah malas dah.. padahal fb dgn twitter je..haha
kita kena support anak tempatan kita ni…mana tahu lebih glamour dr fb kt Malaysia…
Not bad la…
mcm x berminat je…hahaha. layan facebook je..
Saya akan turut memberi sokongan. lebih2 lagi anak melayu malaysia yang buat.
apa salahnya kita turut membantu. kalau bukan malay yang upkan malay, who else?
kepada anak melayu, way to go! teruskan usaha, jangan biarkan kritikan menjatuhkan semangat. sememangnya ramai malay yg bersikap iri hati, dengki dan khianat. pedulikan kata-kata sampah mereka. I will support all malay.
Wassalam.
satu usaha yang baik ni…
Jap. MyFwen nih bukan yg masuk majalah remaja dulu ker?