Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Seperti setiap bulan sebelum ini, Malaysian Digital Association telah pun mengeluarkan laporan mengenai 30 laman web paling popular di Malaysia sehingga bulan November yang lepas, yang mana dilayari oleh lebih 17 juta pengguna internet di Malaysia.
Jikalau dilihat daripada segi laman web antarabangsa yang dilayari, seperti sedia maklum, ianya masih lagi dipegang oleh Facebook, dan diikuti oleh Google di tempat kedua. Selain daripada itu, MDA turut sama mengeluarkan laporan mengenai 30 laman web tempatan yang popular, iaitu:
Seperti yang dapat dilihat, trend laman popular di Malaysia, lebih kepada laman-laman berunsurkan berita, komuniti dan juga laman-laman jualan yang mana berkait rapat dengan perbankan internet. Daripada bilangan 30 laman web paling popular sepanjang November 2010 itu, kita dapat lihat, antaranya adalah PaulTan.org dan BeautifulNara.com yang mana dimulakan sebagai blog, dan kini merupakan antara laman web paling popular di Malaysia. Mungkin sepanjang tahun hadapan, banyak lagi perubahan akan berlaku dalam laman-laman popular di Malaysia ini, dan tidak mustahil ianya mula dipegang oleh beberapa laman web berunsurkan blog.
19 Komen
Tinggalkan Komen Anda
Sokong ayat last tuh..
aku sokong gak aya last tu, tapi nk tambah skit. pasni amanz.my juga tersenarai sebagai blog mengenai informasi dunia teknologi & internet.
bravo! haha..
dimanakah oh artis, oh tidak dgn justkhai.. nampaknya Khai kena bertindak ni..
tahun depan baru tersenarai kot…. gyahahaha
Woot… Beautiful Nara tersenarai…. Tahniah bang nara…
Mana Carigold.com?
Dalam Alexa carigold ada
ayat last xleh blah..
tahun depan blog ni plak dalam senarai :p
AManz thanks a lot for the post
Patut visitor aku naik hari nie
Hehehe
Tabik r kat abang nara…..
nnti blog aku plak..:P
muntah darah baru layak nak masuk senarai…ee…gerun
semua web2 kukuh tu
tapi mcm semua org
harap2 tahun depan ada lebih banyak blog dalam senarai tu
fuh aku punya ada la
tak de..hehe
InsyaALLAH hang punya tahun depan, no 5 prediction aku.
pergh lowyat no 2 tu
Caiyolah IluvIslam.
Mantap seh!
mudah.my… no1… memang ramai orang lepak sana…
woot2. beautifulnara. hoho.
next year pon belum tentu aku leh masuk list ni.