12Dec

Adakah Nama Domain Muaturun.MY Di Tarik RIM?

Lain-lain, Web 2.0

Seperti sedia maklum, RIM (Recording Industry Association of Malaysia) sememangnya tidak begitu menyukai pengedaran media berhak-cipta di internet (sememangnya ianya adalah salah dan bertentangan dengan agama dan undang-undang). Namun begitu, terkini, ianya kelihatan yang mana domain Muaturun.my yang dahulunya memperlihatkan pautan-pautan muat-turun lagu, kini dibawa kepada laman utama RIM.

Ketika artikel ini ditulis, domain Muaturun.my membawakan para pengguna kepada laman utama RIM, manakala apabila diakses dengan tambahan WWW pada awalan domain, ianya tidak membawa para pengguna ke mana-mana. Selain daripada itu, data pendaftaran untuk domain Muaturun.my masih lagi menunjukkan nama pemilik asal, dan berbeza sekali dengan data pendaftaran laman web RIM, dan tidak menunjukkan sebarang petanda ianya ditarik oleh RIM. Namun kami berasa pelik apabila domain tersebut membawakan pengguna ke laman RIM.

Ianya masih lagi tidak diketahui samaada nama domain tersebut telah ditarik oleh RIM ataupun bagaimana, namun kami telah cuba menghubungi pihak Muaturun.my, dan menunggu maklumbalas daripada mereka. Kami juga tidak mengetahui bila manakah perkara ini berlaku, dan carian kami tidak menjumpai sebarang sumber. Untuk pengetahuan para pembaca, pembangun laman Muaturun.my adalah orang sama dibelakang laman Meow.my. Laman Muaturun.my juga masih boleh diakses melalui Google Cache.

Kemaskini 18 Dec 2010 / 2.08AM : Ianya diketahui yang mana pemiliknya sendiri yang menetapkan destinasi domain beliau kepada laman RIM disebabkan isu-isu perkongsian *mp3.


Koleksi Tema InfoMalaya Kini di Google Code
Celcom Bakal Mengintegrasikan Fungsi GeoLokasi
TIME Memperkenalkan TIME Fibre Broadband
Perodua Tweckbot - Khidmat Pemeriksaan Kenderaan Berasaskan Twitter
Telekom Malaysia Bakal Memperkenalkan Perkhidmatan TM Cloud?

31 Komen

  1. Fazreen pada 12 Dec 2010

    boleh pulak main tarik-tarik..nak domain bayar la kan hehe..letak harga tinggi2

    • aMaNz pada 12 Dec 2010

      tapi, copyright material. anyway, dah update blog. bukan ditarik. =)

      • Fazreen pada 12 Dec 2010

        oooo…tertutup lah sudah satu laman berpotensi besar..haha

        • Scromix pada 12 Dec 2010

          kejap je ttup tuh, sok lusa bukak balik ha3

  2. Khai pada 12 Dec 2010

    Antara perkara yang selalu dicerita dan merisaukan pemilik domain tersebut (aku selalu deal biz ngan dia.. hehe)

  3. Musaab pada 12 Dec 2010

    Ini antara kebiasaan yang berlaku apabila menyediakan perkhidmatan sebegini di mana pihak RIM sentiasa aktif dalam memantau aktiviti memuat turun mp3 secara amnya.
    Terpulang kepada pembaca untuk menilai, tetapi pada pendapat peribadi, pemilik domain membuat tindakan yang bijak dalam menyelesaikan masalah ini.

  4. zuarxpdc pada 12 Dec 2010

    bahaya gak ni..dahla nuffnang pun dh buat polisi baru xbg buffered earnings dh kt blog yg share pirate software dgn mp3.huhu

    • Pejuang Kesenian Extreme pada 12 Dec 2010

      Itu sangat tidak best…

    • matjan pada 12 Dec 2010

      ni la best. korang nak free je. kerje tak mau.

    • emptyspace pada 12 Dec 2010

      baguslah macam tu, takkan nak dapat earning dari duit haram pulak kan.

      • Taufik Mansor pada 12 Dec 2010

        haha… betul tu….. duit innity dan pengiklanan yg lain dari hasil blog niche download software, crack dll adalah haram…. gyahahaha

        dgn sebab itulah aku ambil keputusan untuk bersara dlm bidang blogging ini……

        kerjaya Blogging adalah dosa….. hal ini kerana tanpa kita sedari terdapat artikel yg kita keluarkan boleh ungang dosa seperti gosip, edar perisian pirate, edar lagu secara tidak sah, kutuk org awam kat blog seperti label org sebagai loser dll….

        Saya dh lima tahun buat blog….dan kini tiba masa unuk saya berundur….. bye bye….

  5. Izzat Aziz pada 12 Dec 2010

    aish RIM ni, serious kalau orang download pun dia rasa best dia akan beli cd ke kaset ke, aku memang tengok camtu.. orang akan download dulu dengar satu dua lagu.. baru orang beli.. kalau dah nak sekat sangat tengoklah bukannya makin meningkat jualan, makin menurun.

    Orang yang download lagu ni lah yang sebenar akan support lebih industri, diorang yang akan pergi tengok konsert ke gig ke, beli merchandise ke <– nak sedap kan hati je..haha

    Orang download bukan jenayah, tengoklah apa RIM mampu buat, meningkat ke tak jualan kita tunggu dan lihat.

    • matjan pada 12 Dec 2010

      kau pernah beli ke?

      • Izzat Aziz pada 12 Dec 2010

        aku beli band-band yang aku suka je.. butterfingers, flop poppy, yuna, bunkface, hujan dan sekianlah.. setakat satu album 1-2 lagu je best.. aku download je..

    • manusia biasa pada 12 Dec 2010

      bagus jugak RIM buat cam ni…. haram tetap haram….. niat tidak menghalalkan cara bro…. saya sedih melihat blogger sekarang x matang dlm berkata-kata.

      kalu tanya ustaz mana2 pun ia tetap dikira haram menyebarkan lagu , filem dll di blog tanpa kebenaran…

      saya lihat blogger sekarang hilang hala tuju….. sebenarnya banyak cara lain untuk popularkan blog selain upload lagu dan file crack ke dalam internet dan share di blog…. itu tetap haram…

      Lastly, blogger terbaik ialah wartawan bertauliah dan bukannya org biasa yg lagak seperti wartawan…..

      saya dh lama blogging kat internet dan saya sedih melihat blogger sekarang sanggup menyalahi hukum agama dan undang2 negara untuk popularkan blog…

      • Izzat Aziz pada 12 Dec 2010

        tapi aku masih rasa download tu tak salah.. sebab yang buat tak rugi pape pun.. tapi
        kalau yang share tu, aku tak tahulah kan.

        aku sekadar ikut yang aku selalu buat je, aku tak kisah sangat kat website yang share tu benda tu memang salah.. tapi yang aku buat, aku biasanya beli cd, pahtu kawan aku pinjam
        dia rip cd tu masuk dalam laptop dia, orang lain pulak pinjam, tak pun
        aku beli aku share online tapi aku tak share pun, katakan aku share,
        aku share yang aku beli, jadi takpelah kan? haha

        pape pun aku tak kata yang orang share kat blog lagu-lagu ni elok ke apa, cuma
        kalau boleh provide kan satu tempat yang orang boleh download untuk dengar tanpa
        perlu bayar mahal sebab kadang-kadang satu cd tu tak berbaloi pun dengan harga yang di jual.

        • K pada 13 Dec 2010

          aku download je, beli jarang. unless kalau betul-betul aku berminat dan untuk
          disimpan as koleksi.

      • sid pada 16 Dec 2010

        haram???dorang jual ke…kalau jual tuh mmg la haram…tuh mesti ustaz norman
        (kru) yang cakap tuh…klo nak crita pasal halal haram panjang beb…bila album
        artis2 nih dah di pirate kan bru tau haram… yang lain2 xamik tau

  6. Ali ridha pada 12 Dec 2010

    kurang minat la.

  7. AYAM pada 12 Dec 2010

    ni tak lain kerja si norman tu la….dia yang berabis nak lagu di internet ni disekat dari dimuat turun….aku sendiri jarang download lagu dia tu…jadi,dia sebenarnya buat benda yang tak membawa hasil…lagu kalau biasa-biasa je…nak otang beli dengan harga mahal-mahal baik denngar radio je…record…
    SO,tak guna nak tarik-tarik ni…orang tetap boleh rakan punya melalui radio…

  8. AYAM pada 12 Dec 2010

    dorang kadang-kadang nak untung je….
    lagu tak best dorang jual je…
    CUBA KORANG semua pikir….kenapa lagu barat tak pernah main tarik-tarik cam nii???
    pasal lagu kita sebenarnya tak mampu pun nak bersaing di negara sendiri….
    silap2 lagu barat akan lebih diutamakan berbanding lagu melayu
    sebabnya bukan lagu kita tak best tapi orang dalam industri kita nak cepat kaya…
    tak pernah pikir pun peminat…dalam satu album paling2 2-3 lagu je yang best…ertinya kalau orang industri JUAL satu album itu beerti merugikan peminat….SAYA BANTAH SEKERAS-KERASNYA main sekat-sekat download ni…

  9. mosyar pada 12 Dec 2010

    fuh. bahaya nih…nasib baik laman web aku perisian percuma. hehe.

    • adib pada 12 Dec 2010

      haha…. bagus….. tp kalu ade fail crack kat web hang…. aku report skmm…. no kompromy okeyy…

      • mosyar pada 15 Dec 2010

        siapakah engkau ? ampun pak.

  10. zik pada 13 Dec 2010

    aiyo…. lepas nie apa pulak yang nak disekat??? youtube??

    • ayam pada 14 Dec 2010

      Kalau kerja si norman tu,silap-silap laman web tv3 pun boleh kena sekat…

  11. Wan pada 14 Dec 2010

    sapa la founder muaturun tu
    dia kena amaran dgn rim kot
    padahal byk lagi blog muaturun mp3 percuma

    • suffer8zine pada 15 Dec 2010

      tau x pe bro, mentang2 nama domain tu smart, hehe

  12. sid pada 16 Dec 2010

    aku pernah terbaca artis2 barat lebih suka lagu2 mereka di ‘pirate’ kan atau bebas berkumandang di internet atas sebab mereka akan jadi lebih porpular…haha…artis malaysia nih lorat je lebih…

    • asam pada 17 Dec 2010

      Aku pun rasa macam tu….
      And aku rasa artis malaysia pun banyak yang suka macam tu tapi ada orang yang bernaman norman suka-suka hati je nak melobi benda macam ni disekat….
      Walaupun ini bukanlah satu idea yang pintar….
      Last-last dia yang rugi….sebab x de orang nak dengar lagu die sebab x dapat nak download….
      Dan dia telah menghancurkan industri muzik MELAYU sebab mengurangkan kemasyhuran artis2 melayu sebab pendengar dah x boleh nak try dengar lagu-lagu tu….Kenapa jadi macam ni?SEBABNYA ada orang macam dia yang TAMAK nak untung je……Dia x fikir ke,dia buat satu album macam album dia tu semua lagu best….MELAYU oh Melayu

  13. Taufik Mansor pada 17 Dec 2010

    nampaknya isu ini menjadi semakin panas…. haha….


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader