07Dec

Google Melancarkan Android 2.3 Gingerbread

Google, Sumber Terbuka

Akhirnya, hari ini Google memperkenalkan versi terkini sistem operasi mudah-alih mereka, iaitu Android 2.3 Gingerbread, yang mana membawakan pelbagai kemaskini dari segi antaramuka, selain yang mana prestasinya yang amat mengagumkan, menjadikannya Android terpantas sehingga kini.

Salah satu perkara baru adalah dimana antaramuka Android kini diperkemaskan dan diperingkaskan. Melalui antaramuka yang diperkemaskan ini, ianya membolehkan para pengguna menggunakannya dengan lebih pantas, selain menggunakan tenaga kuasa dengan lebih efisyen lagi.

Pada masa yang sama, papan kekunci pada skrin di Android juga telah direkabentuk semula, membolehkan para pengguna memasukkan teks dengan lebih pantas, dan meng-editnya dengan mudah dan senang berbanding sebelumnya. Pengurusan kuasa juga diberikan perhatian pada Android 2.3, dimana anda boleh dengan mudah kini melihat penggunaan kuasa mengikut aplikasi, dan mengawalnya dengan mudah.

Android 2.3 juga turut sama membawakan cara baru komunikasi, dimana kini fungsi panggilan internet turut sama diintegrasikan, membolehkan para pengguna membuat panggilan kepada akaun SIP yang lain dengan mudah. Pada masa yang sama, ianya turut sama menyokong fungsi NFC (Near Field Communication) yang dikatakan akan menjadi salah satu teknologi yang akan meningkat naik pada tahun hadapan.

Fungsi kamera juga kini memudahkan para pengguna mengawal kamera hadapan atau belakang dengan mudah sekiranya sesuatu perantian itu mempunyai lebih daripada satu kamera. Pelbagai fungsi baru lain juga turut dibawakan oleh Android 2.3, kepada pengguna dan juga pembangun. Ianya dijangka akan diperkenalkan secara berperingkat melalui kemaskini automatik untuk semua perantian di seluruh negara dalam beberapa bulan akan datang.


Google Mengemaskini Chrome Ke Versi 0.3.154.3
Motorola Atrix Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,999
Jadikan Profail Twitter Anda Unik Dengan Mengawal Galleri Pada Profail
Samsung Mengumumkan Galaxy Tab 7.7 Secara Rasminya
Android 4.0 Ice Cream Sandwich Kini Meliputi 1% Daripada Peranti Android

8 Komen

  1. Izzat Aziz pada 07 Dec 2010

    aku memang nak lama dah hp android ni.. tunggu masa je n78 aku kena jual..haha

  2. cakerapujangga pada 07 Dec 2010

    Aku benci bila Google + Samsung. Terbaik!! Smart giler Nexus S dalam video tu.

  3. Azam pada 07 Dec 2010

    huh, hp aku 2.2 yang rasmi pun tak dapat lagi, dah kuar 2.3…huhu..harus bertukar phone tahun depan ni

  4. Izzat Aziz pada 07 Dec 2010

    ah best-best, memang lama dah teringin android ni.. harap-harap dia dah kurang lagging.
    btw: smlm aku ada komen, tapi satu pun tak kluar.. ni nak try komen balik ni..hehe

  5. wann pada 07 Dec 2010

    stail lah…
    tapi rasanya phone android yg ada 2 camera cuma galaxy ja….
    tunggu android ice-cream lah..
    stabil sikit

  6. Dr House pada 07 Dec 2010

    Menarik gak Android 2.3 ni. Mungkin next time akan mengangkat satu.

  7. izulman pada 07 Dec 2010

    Sampai skrg tak sure ape beza android dn Apple OS kt Iphone. which one is better? I use Iphone 4 now, maybe opt for Blackberry later lol


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader