11Dec

Android Market Membawakan Antaramuka Baru

Google

Setelah dinantikan sekian lama, akhirnya, kini Google memperkenalkan antaramuka dan rekabentuk baru yang lebih menarik untuk Android Market, yang mana membawakan pelbagai fungsi-fungsi baru, selain turut memperlihatkan aplikasi yang menarik pada halaman utamanya.


Antaramuka Baru Android Market

Kini, selain memperlihatkan aplikasi menarik pada halaman utama, Android Market baru juga turut sama membawakan segala informasi berkaitan dengan sesuatu aplikasi pada satu halaman, tanpa anda perlu menavigasi ke tab-tab berbeza. Pada masa yang sama, aplikasi yang berkaitan turut diperlihatkan untuk memudahkan para pengguna membuat pilihan.

Selain itu, untuk para pembangun, kini Android Market menyokong saiz aplikasi sehingga 50MB berbanding 25MB sebelumnya, yang mana mungkin akan menarik para pembangun permainan dan aplikasi bersaiz besar yang lain. Pada masa yang sama, beberapa kategori aplikasi baru turut ditambah, termasuk Widgets dan Wallpapers.

Android Market yang baru ini akan mula diperkenalkan kepada semua pengguna Android secara berperingkat dalam masa dua minggu akan datang, dan ianya hanya menyokong versi Android 1.6 dan terkini sahaja.


Muat-Turun Dan Uji Chrome 3.0 Sekarang
Google Mengemaskini Fungsi Carian Sosial
Xperia Arc Di Pra-Tontonkan Di Malaysia
Aura Membawakan Sokongan Prestasi Yang Lebih Baik Kepada Chrome
Pandang Pertama Dan Ulasan Aplikasi Google Currents

2 Komen

  1. mosyar pada 11 Dec 2010

    hohohoho. power google. bila ntah nak merasa android.

  2. fiqri91 pada 11 Dec 2010

    wow!!…
    pesatnya pembangunan aplikasi android..
    tiap2hari bangun tido jew, mesti ada citer pasal android ney…
    best2..:)


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader