12Dec

Angry Birds Akan Tiba Untuk Pengguna PC

e-Permainan

Setelah berjaya dengan platform iPhone dan Android, kini pembangun permainan Angry Birds, Rovio Mobile akan memperkenalkan permainan Angry Birds untuk versi PC tidak lama lagi, yang mana membawakan bentuk permainan serupa tetapi menyertakan sokongan resolusi tinggin untuk skrin yang lebih besar.

Angry Birds sememangnya telah menjadi suatu fenomena yang amat besar pada dunia permainan pada platform mudah-alih, dimana ianya yang diperkenalkan pada iOS, turut diperluaskan kepada Android, webOS, Symbian dan juga Nintendo DS. Rovio Mobile telah pun mengesahkan yang mana permainan Angry Birds keluarannya sahaja telah dimuat-turun lebih 50 juta kali dan kini mereka mensasarkan sasaran baru, iaitu 100 juta kali.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bila manakah versi PC akan dilancarkan secara rasminya. Selain daripada versi PC, Angry Birds juga dijangka akan diperkenalkan untuk Windows Phone, Mac OS X dan juga beberapa konsol permainan yang lain.

Kredit : Neowin


Street Fighter Kembali Selepas 9 Tahun
Angry Birds Rio Ke Android Market Minggu Ini
Skyrim Memenangi Permainan Video Terbaik Pada VGA 2011
Ulasan Permainan Ghost Trick : Phantom Detective
Facebook Kini Membolehkan Anda Mencabar Rakan-Rakan Bermain Catur

11 Komen

  1. mancai pada 12 Dec 2010

    huhuhu menarik ni.. cute la angry bird ni…

  2. menteil pada 12 Dec 2010

    terbaiklah.. aku memang penggila angry bird nie.. dulu tak main sehari tak sah..

  3. aizuddin pada 12 Dec 2010

    bila la nak kuar ni

  4. epal pada 12 Dec 2010

    cantek!!! dah lama aku tunggu nie..
    haha.. jenuh aku duk google sblom nie..
    tp xdak plak utk version pc..

  5. Finalcross pada 12 Dec 2010

    Memang mantap la bile da nk msk versi PC. Can’t wait. Luv the cute lil bird!

  6. Ramdzi pada 12 Dec 2010

    macam menarik ja game ni.. 1st time dengar pasal game ni..

  7. Azam pada 12 Dec 2010

    slow skit kat wildfire…bila lah nak upgrade nih

  8. Adik Comel pada 12 Dec 2010

    yayy!!tak sabar nak main time cuti sekolah nie….

  9. snazzybizarre pada 12 Dec 2010

    uih… td bru try kat iphone 4 @ pikom digital lifestyle expo 2010 ~

  10. Fazreen pada 13 Dec 2010

    aku rasa kalau main dkt pc tak best seperti main dekat touch screen phone…

  11. akmalhilmi pada 13 Dec 2010

    game nieh besh
    t kalo da lunch aku nak
    hahahaa


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader