Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Dengan blog yang makin bertambah dari hari ke hari, kini Apesal.com muncul dimana ianya memudahkan perkongsian pautan kepada artikel-artikel menarik yang mana diperlihatkan secara rawak pada penghujung setiap artikel, sekaligus menjadikan pencarian artikel menarik harian lebih mudah dan senang.
Apesal.com berfungsi sebagai salah satu tempat untuk berkongsi pautan, dimana setiap pemilik blog yang berdaftar akan mendapat satu widget khas, yang mana anda dikehendaki meletakkanya di blog anda, dan melalui ruangan widget tersebut, entri-entri rawak samaada daripada blog anda sendiri, mahupun dari blog-blog lain yang berdaftar di Apesal.com akan diperlihatkan. Menurut Apesal.com, melalui konsep tersebut, para pengguna boleh mendapat peningkatakn trafik pembaca antara 30% hingga 40% setiap hari.
Para penulis blog yang berminat, boleh mendaftarkan diri dengan mudah pada laman Apesal.com, seterusnya memasang widget khas, dan mula berkongsi trafik bersama yang lain. Namun begitu, ianya mengambil masa sehingga 12 jam untuk blog anda disahkan oleh pentadbir di Apesal.com.

Contoh Widget Apesal.com Di Laman Cisdel.com
Untuk pengetahuan para pembaca, laman Apesal.com ini dibangunkan oleh pemilik disebalik laman E-Sempoi, iaitu Sharifah Munira.
23 Komen
Trackbacks/Pingbacks
Tinggalkan Komen Anda
sebagai antara pengguna terawal apesal.com aku mengesahkan memang boleh dapat trafik yang best dengan apesal.com ini.. hohoho
sejak menggunakan apesal.com trafik saya bertambah. ada satu ketika sampai server saya down. berkesan sungguh apesal.com sehiggakan saya kena spam.
owh, rasanya konsep die sama macam widget nuffnang tu dan satu lagi website, tapi lupa pulak nama die.
bila tengok widget tu, teringat pulak blog2 luar negara, memang diorg ada yang dah pakai juga.
Mengenai trafik tu, kurang pasti.
Tapi macam kata encik topo hensem ngn matjan, berkesan. jadi blh lah try.
amanz, sapa admin dia? piratz ke
rasanya sharifah munira, owner esempoi.
awek hang kan aman.dia kan cun.hee~~~~
sharifah munira sayed azahar
Ape plak aku?
kahkah, aku tabik spring kalau si arif ni..
aku la admin die…. wakakakaka :p
mekasih promote..hehe
apesal.com baru 3 hari beroperasi
harap-harap dapat sokongan dari semua =)
fuh…power2.
menarik gak ni..
kang aku cuba.
Dgn cargas pi daptar.
Mekaseh Aman.
1st buah tangan dari programmer perempuan (melayu) yg aku nampak (selain wife aku) :p . tahniah la wei.
p/s: eh? baru perasan nama dia sama ngan nama wife aku. Munira ni mmg byk yg dilahirkan utk jadi programmer dan geek ke? :p
hahaha,
wife ada buah tangan yg best2 ke (software etc.)?
tahniah…tnggu ak wat ngapain.my ke haha
Saya mesti pilih
eden try
ras macam nak try gak la..
kan best kalau ada kategori untuk islamik punya post..huhu
apesal ngam untuk menarik trafik ke blog baru.