READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Soal Jawab Ringkas Bersama Pembangun simpleLinux

Diterbitkan pada December 30, 2010 oleh

Satu sesi soal jawab ringkas telah diadakan antara kami bersama salah seorang pembangun utama simpleLinux iaitu saudara Fariz Luqman. Melaluinya, para pembaca boleh mengetahui serba sedikit mengenai latar belakang sistem operasi Linux buatan Malaysia yang sedang meningkat naik popularitinya ini.


Antaramuka simpleLinux

S: Bilakah dan bagaimanakah proses pembinaan ini bermula? Bagaimanakah idea untuk membangunkan simpleLinux ini muncul di dalam fikiran para pembangunnya?

J: Proses dimulakan pada tahun 2007. Distro ini pada asalnya dibina oleh sekumpulan pelajar dan orang-orang muda bertujuan untuk mengguna-pakai semula komputer-komputer lama dari pelbagai sekolah. Distro ini dibina dari akar umbinya [from scratch] dengan Operation System Slackware 10. Pada waktu itu tidak banyak distro yang berjaya selepas OshiriX dan pada waktu itu juga saya hanyalah developer bagi antaramuka pengguna.

S: Bilakah versi stabil simpleLinux dilepaskan dan bagaimanakah sokongan para pengguna ketika itu?

J: simpleLinux 1.0 adalah versi stabil simpleLinux sejak tahun 2007, kemudian dialih nama kepada simpleLinux Minimal pada tahun 2008. Pada waktu itu, masih belum lagi dimuat-naik ke mirror sepertimana yang dilihat pada waktu sekarang. Ia hanya dimuat naik ke internet pada pertengahan 2008 dan kemudian projek ini dihentikan buat sementara waktu pada Disember 2008. Penggunaan simpleLinux ke atas komputer-komputer lama ketika itu amat memuaskan. Kami juga berasa sangat berpuas hati dengan penggunaan simpleLinux pada waktu itu dan pengguna kami pada waktu itu juga sangat sedikit.

Pada Januari 2009 iaitu setelah beberapa hari projek tersebut dihentikan, saya mengambil alih projek ini. Kami menggunakan domain percuma “.co.cc” pada ketika itu dan sepanjang tahun itu, web simpleLinux hanya dihoskan pada perkhidmatan fail hosting percuma.

S: Bagaimana pihak pembangun simpleLinux menghubungi para penyedia mirror bagi memudahkan proses muat-turun simpleLinux oleh para pengguna?

J: Kami menghubungi seluruh penyedia mirror terkenal melalui email. Versi kedua kami iaitu versi Extended dimulakan bagi mengganti versi Minimal dan ditempatkan di:

  1. http://mirror.mirohost.net/simpleLinux/
  2. http://ftp.cc.uoc.gr/mirrors/linux/simpleLinux/
  3. http://simplelinux.interhost.co.il/
  4. http://mirror.spanasia.net/pub/simpleLinux/
  5. http://mirror.averse.net/simpleLinux/
  6. http://mirror.upm.edu.my/simplelinux/

S: Berapa orangkah yang terlibat di dalam pembangunan simpleLinux itu sendiri?

J: Developer yang membantu ialah seramai 20 orang. Mereka yang masih aktif dalam pembangunan simpleLinux sehingga kini ialah Alhmer Scherzinger, Faiz Kamal bahrin, Syukri Roslee dan Syafiq Malek.

S: Berapakah jumlah muat turun simpleLinux pada masa ini dan berapakah bilangan hit setiap hari pada laman simpleLinux?

J: Pengunjung unik (unique visitors) yang mengunjungi blog kami pada bulan Disember ialah seramai 1154. Muat turun setiap bulan ialah sebanyak 550 secara puratanya.

S: Apakah harapan para pembangun simpleLinux pada masa akan datang?

J: Harapan kami ialah kami ingin distro kami menjadi distro terbaik pada masa akan datang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan tambahan, anda boleh meninggalkannya di kotak komen dibawah, dan kami akan mendapatkan maklumbalas daripada pihak pembangunnya dalam masa terdekat ini.


GiMP Pada simpleLinux

Kredit gambar kepada pembangun simpleLinux

Terdapat 7 komen
  1. salam bro, sy pengguna tegar linux, especially dengan ubuntu malah berusaha untuk memperomosikan ubuntu ini kepada kwn2..sy ada beberapa soalan untuk ditnye :

    1-adakah distro ini sama seperti ubuntu yg boleh mendownload semua application nya di ubuntu software centre?
    2-adakah hardware driver semua auto detect mcm ubuntu?lebih2 lagi grafic driver dan wireless driver..
    3-mcm mana pula dengan microsoft office, adakah boleh diinstall kan guna wine atau preinstall dlm os nie atau menggantikan office dengan openoffice?
    4-berapa saiz RAM dan hardisk yg diperlukan untuk install OS ni?kalau ada link psal OS nie lagi bagus..

    • Ya. Anda boleh gunakan banyak aplikasi Linux padanya dengan mudah, sama seperti pada Ubuntu. Menariknya mengenai simpleLinux adalah saiznya yang amat kecil berbanding distro Linux yang lain. Anda boleh rujuk laman http://simplelinux.my untuk makluman lanjut. =)

Komen

Nama
Web