11Dec

Blog4FT 2010 Memfokuskan Pada Rangkaian Sosial

Web 2.0

Dengan kejayaan pertandingan menulis blog, Blog4FT yang mana memfokuskan dalam mempromosikan Wilayah Persekutuan pada tahun lepas, kini untuk tahun ini, Blog4FT memfokuskan pada laman sosial, iaitu Facebook dan Twitter dalam mempromosikan Wilayah Persekutuan.

Namun begitu, berbeza dengan tahun lepas yang mana pertandingan tersebut dibuka kepada semua, untuk tahun ini, hanya segelintir artis sahaja yang terpilih, dimana setiap artis dibinakan suatu halaman peminat pada Facebook, dan diminta untuk mempromosikannya kepada para peminat mereka. Dan, apabila para peminat mereka mencapai angka 10,000, para penaja pertandingan ini akan mendermakan RM25,000 manakala apabila mencapai 20,000 peminat, RM50,000 akan didermakan. Walaubagaimanapun, masih tidak diketahui bagaimana ianya akan diukur pada laman Twitter.

Sehingga kini, antara artis yang telah menyertainya adalah termasuk Siti Nurhaliza, Steve Yap dan juga Upin Ipin.

Salah satu tujuan program ini adalah dimana dengan penggunaan Facebook dan Twitter yang kian meningkat dikalangan remaja, mereka ingin menjadikan mereka lebih peka berkenaan dengan pembangunan masyarakat yang penyayang.


Lebih 4 Juta Pengguna Facebook Di Malaysia
Lebih 1 Juta Pengguna Twitter Di Malaysia
MosFront Bakal Membawakan Diskaun Untuk Dekorasi Dalaman
Halaman Facebook Events Yang Baru Diperkenalkan Kepada Semua Pengguna
Infografik : Sejarah Rekabentuk Web

5 Komen

  1. mosyar pada 11 Dec 2010

    bkn ke ada ura-ura kerajaan nk sekat facebook? hohoho…ni punya pertandingan suruh pormosi ikut pesbuk plak…hehe.

  2. zuarxpdc pada 11 Dec 2010

    nak join gak bleh tak?hehe

  3. din je pada 11 Dec 2010

    xkan le nk block..pm kte pon ad fb

  4. aizuddin pada 12 Dec 2010

    blok porno lagi bagus dari blok fb ni

  5. mancai pada 12 Dec 2010

    huhuhu… marketing yang menarik


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader