21Dec

Blogger Penyedia Blog Terbaik Dengan Masa Uptime 100%

Google, Web 2.0

Dengan perkhidmatan dan platform menulis blog yang banyak diluar sana, semestinya ramai yang tertanya-tanya mengenai platform manakah yang boleh diharap, dan tidak mempunyai sebarang masalah. Melalui kajian yang dilakukan oleh Pingdom, ianya memperlihatkan yang mana Blogger mengungguli carta dengan masa uptime 100%.

Blogger mengungguli carta dengan tiada sebarang masalah tidak boleh diakses sepanjang tempoh kajian dilakukan, manakala platform yang mencatatkan angka uptime paling teruk adalah Tumblr, lebih-lebih lagi, baru-baru ini Tumblr tidak boleh diakses lebih daripada sehari.

Dibawah Blogger, ianya diikuti masing-masing dengan WordPress.com, dan Typepad, manakala pesaing terdekat yang menyediakan perkhidmatan seumpama Tumblr menduduki pada tempat ke-empat, diatas Tumblr yang menduduki tangga kelima.

Seperti sedia maklum, Blogger dijana oleh Google, menjadikan servis tersebut tidak mempunyai sebarang masalah, serta memudahkan para pengguna membuat blog dengan mudah selain menyediakan pelbagai fungsi menarik berbanding perkhidmatan penyedia blog yang lain.


iTunes 10 Mengintegrasikan Fungsi Sosial - Ping
#newtwitter Menambah Sokongan Instagram dan SlideShare
JomSocial 2.2 Akan Memberikan Lebih Kawalan Privasi
Friendster Masih Hidup Dan Akan Dijenamakan Semula
Ice Cream Sandwich Kini Digunakan Pada 4.9% Peranti Android Seluruh Dunia

12 Komen

  1. beliamuda pada 21 Dec 2010

    tidak berapa lama dahulu, mungkin tahun ini atau tahun lepas, blogspot pernah mengalami masalah akses. walaupun bukan semua pengguna yang terlibat, pernah jua terjadi.

  2. clumzcaffein pada 21 Dec 2010

    sedih pulak tgk tumblr no 5. ari tu tumblr down dekat 2 hari. memang tensen la time tu.

  3. melayubuntu pada 21 Dec 2010

    hehe.. mantap la blogger.com

    • Garfield pada 21 Dec 2010

      bro, sokonglah wordpress sikit.
      lol

  4. Garfield pada 21 Dec 2010

    Blogger x pernah offline sebab ia dihostkan atas cluster yg amat besar.
    Biasanye, jika blogger ade masalah, so memang anda masih boleh ping blog anda, tetapi anda mungkin menghadapi masalah xboleh login atau xboleh view blog contents, ataupun xboleh post comment.

    Kalau hanya bergantung dengan result ping, result ini memang xboleh dianggap sebagai result yg tepat.
    :)

    • Izzat Aziz pada 21 Dec 2010

      blogger bising camtulah, ari tu sibuk nak pasal mobile theme.. entah pape *troll haha

  5. Kamil ace pada 22 Dec 2010

    rasanya dah 2 kali sejak pakai tumblr tak boleh bukak, tensen jugak, so planning nak tukar blog lg satu ke blogger..senang sikit

  6. fendidahada pada 22 Dec 2010

    cacat trus rekod tumblr akibat down terlalu lama haritu..kesian2…blogger still leading..good2

  7. sazuwi pada 22 Dec 2010

    baru jer setup tumblr ari tue..
    igt nak aktif balik..

  8. Latoya Bridges pada 22 Dec 2010

    hehe.. mantap la blogger.com

  9. Han pada 23 Dec 2010

    yes. love blogger for its free service.

  10. syahrilhafiz pada 26 Dec 2010

    boleh tahan si hosting free ni..huhu


Tinggalkan Komen Anda






Amanz Media Social Reader