Informasi Komputer dan Teknologi Semasa
Bersama-sama dengan pengumuman berkaitan Chrome OS dan juga Chrome Web Store, pihak pembangun di Chromium juga memperkenalkan peningkatan kepada enjin JavaScript V8, serta versi pembangunan Chrome yang mencecah angka versi 10.
Enjin JavaScript V8 yang ditambah dengan Crankshaft itu membawakan peningkatan kepada masa memulakan pelayar web, dan prestasti pelayaran web turut dipertingkatkan, dimana lebih 12% peningkatan diperlihatkan Google pada laman yang menggunakan JavaScript secara maksimum. Pada masa yang sama, enjin JavaScript V8 bersama Crankshaft turut sama memperlihatkan prestasi lebih 50% berbanding versi yang sebelum ini.

Chrome Canary Kini Mencecah Angka Versi 10 [via]
Para pengguna yang berminat menguji versi pembangunan terkini Chromium, boleh memuat-turun versi 10 untuk Chromium, mahupun Google Chrome Canary yang turut sama telah menjejaki angka 10. Dengan itu turut memperlihatkan yang mana Google Chrome 9 Beta turut akan dilepaskan tidak lama lagi.
6 Komen
Tinggalkan Komen Anda
cun! makin menarik uncle google ni
semakin bagus.pilih la linux.
PS : lama aku tak jenguk sini.
huhu..dah sampai versi 10 lak. Ini dah macam Ubuntu punya ‘release cycle’..
smart r.. versi 9.0dev pon da laju… perghhh
Google semakin maju dan berkembang…
semakin hari semakin hebat pembangunannya…syabas…